Selasa, 1 April 2014

Coretan Ulang tahun yg sekian kalinya.

SEBELUM BACA KLIK KAT VIDIO TU DULU YE....baru ada uummmpppssss..
Bismilla hirr Rahma nirr Rahim..
Assalamu'alaikum W.W..
Anak2 ku,
  Setiap kali ulang tahun perkawenan emak,in sya Allah emak tak akan lupa untuk mencoretkan sesuatu,berupa kenangan,nasihat dan apa2 saja untuk di kungsi2kan kepada anak2,menantu2, cucu2 seterusnya susur jalur keturunan kami.nampaknya blog ni dah besawang2 dah,tetapi jgn risau masih boleh di buka dan di baca..in sya Allah..
  1.4.14..cantik angka itu ye?? itulah angka keramat bagi kami berdua.iaitu ULANG TAHUN PERKAWENAN KAMI YG KE 30..bukan calang2 org boleh sampai ke angka itu..Alhamdulillah kami bersyukur Ya Allah..Thank You Ya Allah.Engkau beri nikmat, rezeki kerana dapat kami hidup bersama2 selama ini.Allah berfirman yg  bermaksud.." sesiapa yang bersyukur Aku(Allah) akan tambah"...
 Rasanya tak banyak yg mak nak coretkan sebb dah banyak yg mak coretkan dalam coretan sebelum2 ni..kalau tulis banyak pun,mak tak tau, kamu baca, entahkan idak??..Allahu'aklam..tetapi emak yakin In sya Allah, satu masa kamu akan baca juga..walaupun kami dah tak ujud di atas buka bumi ni...
 Baru2 ni ketika mak di Mesir.balik dari Turky kami bermalam di Arma.Cek masuk bilik mak,dia nak berborak2 dgn mak, sementara ayahnya pergi ke kantin,cari makanan Malaysia katanya..maklumlah dah lama tak makan masakkan Malaysia,mak tak ikut,sbb rasa macam nak demam pun ye, kejutan cuaca kut..dalam antara sedar dgn tidak tu Cek kata nnti mak tenguklah cerita Amir Khan ni best.dia jadi pengarah.cek pun ceritalah sikit akan kesahnya.
Ya Allah, sebiji mcm cerita mak masa kecik2 ari tu..kesah budak kecil yg berpenyakit kecelaruan otak kanan(Dysleia),tajuknya Taree Zamen Per..tetepi mak tak lah seterok budak dalam cerita tu..Allah maha adil.walaupun macam tu,kami amat kretif..itulah keistemewaanya...jgn tak tau..
Memang mak slow dlm ramai adik beradik..mak nak ngaku2 mak? tanya Dik lah, ngaku ajelah,dah itu rialitinya..terima dan bersyukur, tak lah seperti org cacat terus tu kan..mak selalu je kene marah,tak de keyakinan diri,rasa tak disanyangi,mak dgn dunia mak sendiri.tak pandai berkawan sangat.nak tau kesah selanjutnya boleh tanya akk mak.kadang dia tercerita juga, emak suka pakai kasut terbalik..huhuhu.sabar aje lah tetapi Alhamdulillah, arwah ayah dan mak mak banyak membantu dgn didikan dan pengangan  agama yg kuat..antara satu sebb emak di kawenkan cepat,terima dan tau itu semua qadak dan qadar Allah ta'ala.mereka menanamkan aqidah iaitu pendidikan tauhid di samping pendidikan fardhu ain yg lain kepada anak2nya,dengan semantap2nyalah, rasa mak laa...sebb dia tuan guru, yg penting mak boleh terima dgn redha akan kehidupan mak yg telah di atur sebegitu rupa..mak yakin setiap orang ada keistimewaannya yg kita tak tau...oleh itu sentiasalah bersyukur...
  Berkawen seawal 18 tahun.setelah berkawen dgn org yg tidak di kenali dan  lebih tua 11 tahun dari mak, menjadikan emak lebih cepat matang ,dari situ mak dah tau dan dapat rasa keberkatan dlm kehidupan, pabila mendengar dan taat cakap org tua..ati sikit pun tak memberontak..tu mak kata sebelum kawen arwah ayah dan mak, mak banyak membantu memamtapkan pemikiran anak, walaupun kami tak berapa rapat sangat dgn ayah sbb ayah terlalu sebok, tetapi sangat menyangi kami adik beradik.takkan lah emak bapa nak tengok kehidupan anaknya tak bahagia, ye tak??dah ada org yg bagus datang meminag anaknya, di lepaskannya ajelah...Al Fatihah buat arwah ayah mak.
  Jadi setelah solat istiharah,maka berlangsunglah pernikahan kami di keberkatan malam jumaat..majlis berlangsong hari Ahad, seterusnya gegak gempitelah 3 hari tiga malam menyambut menantu sulung  tuan Guru dgn menumbangkan seekur lembu...sebb  menantunya seorang Ostat juga..tetepi jgn tak tau mas kawennya hanya Rm500 je.
   Arwah ayah mak, yakin sabda nabi yg bermaksud,"Perkawinan yg paling berkat apabila mas kawainnya yg paling murah",emak pedulik apa,mas kawin murah ke? mak nak bertunang ke?, lagi teruk mak tak tau apa2..yg penting masa tu mak fikiran  mak nak dengar cakap org tua je...atok kata mustahil.???.mak kata, betul, sebb ayah dah didik macam tu takut sangat dgn org lelaki..berdosa..masuk Neraka katanya..dgn kawan2 asrama ketika sekolah menengah pun, ada nak cerita bab kawen2 ni mak marah atau mak lari..tak suka sangat dengar....ale2 mak yg kawen dulu di antara kekawan..tak ke kelakar dan pelik  bunyinya tu...
  Banyak pulak kenang2 yg nak di tuliskan, kata sikit je.

 Allahu Rabbi,nikmat yg tak ternilai pabila kami dapat mengharungi hidup bersama2 selama 30 tahun ini dgn di kurniakan 4 orang putera dan 4 orang puteri dan
7 org cucu yg comel...masyaAllah...hasil perkongsian dengan menempuh segala onak dan  duri,suka duka,masam manis,tawa tangis dan sebagainya menjadikan kami semakan mengenali dan menilai pasangan masing2 dgn sentiasa memohon doa dan keredhaan Allah ta'ala.jadi kami akan berubah dan cuba buat yg terbaik utk pasangan,kalau ada masaalah kami akan selesaikan secepat mungkin.selalunya mak akan mengalah dulu,org lelaki biasalah, egonya kuat sikit..itulah jiwa org pempuan..lembut,walaupun hati menangis di dalam,di luar tetap tersenyum.
Satu keuntungan yg tak ternilai buat mak dari Allah ,apabila mak dijodohkan dgn Ayah..ayah seorang yg sempel.tapi amat tegas,calang org boleh hilang sabar dan tewas,tengok mukanya kadang2 org dah takut,itu anugerahNya..Tapi mak tau,Allah kurniakan ayah buat mak, agar mak dapat menanganinya dan emak mampu sangat dan itu lah yg terbaik..in sya Allah..Alhamdulillah..
  Masih mak terkenang2 masa ayah nak membeli Tv utk keluarga,ayah amat teragak2,tetapi ayah terpaksa juga beli sbb masa tu ayah sesekali ada masuk tv rancangan Al Kuliah..sebelum beli ayah dah syaratkan rancangan ape je yg boleh di tengok dan siap senarai lalu tampal di dinding.contohnya rancangan Al kuliah,Bersama mu,berita,cerita  P. Ramli dan beberapa rancangan lain lagi pilihannya.jadi anak2 boleh tengok rancangan yg tersenaraikan  je.kadang2 masa ayah tak ada, anak2 curi2 tengok rancangan lain dan tak ikut masa yg di tetapkan, ayah tau dgn merasa tv tu,rase2, panas je..ayah tanya sapa yg buka Tv?, jadi yg adik2 ni cakap, along2,Along juga yg kene,along terima ajalah, sebagai pertahanan..sian along,akhirnya ayah bawa plug ke pejabat. Tv tu, angkat ke stor tak tau berapa banyak kali daa..tp budak2 biasalah sangup tarik wayar panjang2 masuk stor utk pasang tv.kadang nak tergelak tengok gelagat anak2 dgn ayahnya megenai TV..jadi kesannya,sekarang ni, anak2 semua tak kuasa dan tak minat dgn TV.walaupun Faiz tu dah pasangkan astero...itu lah hasil ketegasan Ayah...
  Pantang Ayah, kalau tengok rumah bersepah..tak bolelah katanya..bilik air kotor....kasut tak susun.memang membebilnya jawapnya.. Allah saja yg tau.kebersihan bukan utk ayah katanya.Allah suka,nabi suruh bersih.kebersihan separuh dari iman.katanya..sekarang dah kurang dah..
walaupun mak tau itu semue bukan keje emak tapi tak salah kita berkhidmat dgn suami demi kebahagian keluarga kita juga kan?usahlah berkira sangat,dgn tulang pat kerat ni..minta dgn Allah agar kita sentiasa sehat je.bolehlah mengumpul2 pahala banyak2 utk bekalan kesana nnti..secara tak lansung bersenam sekali...
 Bersama2 mereka pun dah membuatkan jiwa kita tenang.apalah lagi yg kita cari di dalam kehidupan ini,kebahagia,ketenagan dan kenikmatan yg di berkati Allah.carik lah,kalau kamu usahakan kamu akan dapat..lapang2kan hati terima mereka seadanya..
Apa2 pun  akhirnya nasihat ikhlas dari emak yg kira bolehlah, banyak juga pengalamannya ni.huhuhu PERASAN..kita berubah dulu supaya jadi yg terbaik buat keluarga kita. 
  Banyakan bersabar,moga Allah memberi ganjaran..itu di namakan ujian..dunia tempat ujian.macam2 ujian,tempuh ajalah dgn kesabaran,senang ujian,susah pun ujian.tetapi kesabaran itu yg dapat ganjaran pahalanya.
Tangungjawap seorang suami lebih besar dan berat di bandingkan dgn isteri.segala2 kene tanggung di dunia dan kene jawap di akhirat.. 
 Ayah kamu seorang yg amat bertanggung jawab.mak rasa banyak pelaburannya utk anak2,walaupaun dia nampak macam berkira sikit,tp ia pandai menyusun keuwangannya.maklumlah mak ni suri rumah sepenuh masa je..buktinya setelah 15 tahun berkerja baru kami dapat merasa kereta baru..kasut kerjanya pun tak serupa org.satu je,dah pakai sampai koyak baru beli baru.begitu juga dgn kain baju.sehinggalah sekarang.senang kan?? tak banyak membazir.kalau raya pulak anak2 dan isteri di dahulukan dgn berpakaian baru ,ayah sorang je yg pakai baju lama.janji keluarga suka,bahagia dan gumbira....
 Sekarang di usia macam ni anak2 seorang demi seorang sudah meninggalkan kami,membena keluarga masing2...

Ketika ni Along di Mekah, Angah di Sabah,semalam je baru pergi mengikut suaminya setelah selama 5 tahun hidup sebungbong dengan kami..mustahil kami tak akan merasa kesedihannya.tetapi tak pe..ayah kata tak kan selama2nya mereka nak hidup dgn kita,mereka sudah ada keluarga dan kahidupan masing2.sudah adat dunia,lama kelamaan,tak kita yg  meninggalkan meraka, maka mereka pula akan meninggalkan kita..tepi kita tetap ada Allah yg tak akan meninggalkan kita.yakinlah Allah sentiasa bersama kita dan apa2 pun berharapkanlah pertolonganNya..tenang sikit ati ni dengar.
 Dik lah,Cek  dan Emi pun dah berkeluargakan?
Tak lama lagi Faiz pulak,Muiz dan Najiah akhirnya akan menyusul juga..Allah, sekejapnya putaran kehidupan dunia ini berlaku, baru saja mak rasa mereka membesar di depan mata ni.
Akhirnya,kami nak berpesan,jangan kamu menafikan jasa2 emak dan ayah yg telah membesarkan kamu semua.walaupun kamu rasa kamu sudah di atas,berpijaklah di bumi yg nyata.perbanyakkan memandang kebawah,jgn sentiasa mendongak keatas terus.seperti kita nak naik tangga,sandarkan tangga itu kedinding teguh2,barulah kita panjat,jangan panjat tangga yg tak bersandar kedinding kelak kita akan jatuh lalu di himpap pula dgn tangga itu..atau tempat sandarnya tak kukuh..islam mengalakkan kita mengenang peristiwa2 lalu agar kita tau menghargainya...
Di sini, mak nak kongsi msg yg mak simpan utk azimat rumah tangga emak..
Kalau berguna boleh pakai.
"Eloklah kita berbaik sangka,jangan cari masaalah nak telah hati org lain.itu semua dosa tak terampun dan semata cari sekenta"..
 'Tak kan itu jadi kesalahan besar menafikan semua kebaikan?? manusia tak perfect.patutnya jgn jadikan isu besar,kalau nak salah menyalah memang banyak.tp tak perlu itu.mari kita fikirkan mcm mana nak bahagiakan keluarga dan anak2 yg mungkin tersasar dari ajaran agama.betulkan ilmu dan beramal ibadatlah banyak2"..
"Kalau bertemu wajib dan sunat,buat yg wajip dulu,contoh suruhan suami tu wajip,walaupun kita tengah solat sunat sekali pun,kita boleh berhentikan solat sunat kalau dengar suami kita panggil"..
'Manusia di sisi Allah sama semuanya,Allah pandang sesiapa yg lebih taqwanya sahaja",
"Tak ada sial majal yg membawa kebinasaan,semuanya sama dan serupa"...
"Wahai jiwa2 yg tenang kembalilah kepada Rabb Mu dalam keadaan Aku redha kepada mu dan engkau juga Redha kepada Aku".maksud Ayat Al-Quran.. 
"Kemana2 pergi Al Quran jangan di tinggal"...
Anak2 ku doakan kami sentiasa sehat di dalam kebahagiaan di dunia lagi2 kehidupan di akhirat.ingatlah kamu juga sentiasa mendoakan agar kehidupan kalian di berkati ..
 SEKIAN....






2 ulasan:

Norashikin Hasan berkata...

Salam, makcik Nafisah, umie selalu ikuti perkembangan makcik sekeluarga... seronok tengok. melaui tulisan2 makcik, tersingkap jiwa makcik yang lucu tu namun mampu menyentuh hati-hati manusia yang lembut utk sejenak menginsafi diri dan mengalirkan air mata. terima kasih umie ucapkan buat makcik kerana tak putus2 menyampaikan 'dakwah' meskipun secara bersahaja. semogamakcik sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat Allah taala. Amin.

inilahduniaku berkata...

Thanks Umme..sekadar coretan buat anak2..