Pada 1.4 ni genaplah ulang tahun perkahwenan kami yg ke29,In Sya Allah tahun depan kalau panjang umur yg ke30 tahun pulak.Pengalaman kami membesarkan anak2 di hadapan mata amat berharga buat kami..satu kepuasan yg tidak dapat di jual beli. Bila di kenangkan semula, oh alangkah sekejapnye mase berlalu. pejam celik, pejam celik, kami dah bercucu??
Tak nak status kami lah.nak tulis mak aje lah. sebab mak yang nak mengarangnyekan?
Bagi Emak, apabila nak masuk ke alam rumahtangga ni kita mesti memaksekan diri dan bersedia menjadi semakin matang..matang sematang2nye. Bayangkan mase mak kawen umur mak baru 18 tahun. org kate masak nasi pun tak pandai lagi. ubun2 pun lembik lagi lah, yg tak tahannya ade orang kata kawen pakse. Mereka tau ke emak kawen pakse? kalau kawen pakse kenape pulak mak tak lari? banyak persoalannya di situ. gasaklah apa org nak kate,
tetapi bagi mak yg terpenting sekali apa Allah kata, kalau mak lawan cakap orang tua emak...itu ajelah yg emak fikirkan...rupe2nya memang ade keberkatannya di situ.
ketika di Asrama, Tok ayah datang jumpe Warden, suruh mak siap2, berenti sekolah, balik kampung, kawen, kalau anak zaman sekarang misti kata terukkk gile... ade ke macam tu? agak ade ke anak2 zaman sekarang yg nak kawen dgn lelaki yg langsung dia tak kenal?mungkin ade, tapi boleh di kira dengan jarilah kan?yg pulangkan seratus peratus urusan perkawenannya kepada org tuanye.
Emak nak meredakan perasaan mak ketika itu dengan cume fikir, tiada ibu bapa dalam dunia ni yg tidak nak melihat anaknye hidup bahagia. pada mase tu, Mak berharap apa yg mak buat itu betul dengan mengharap petunjuk dari Allah Taa'la.Alhamdulillah .
Segala2nya berjalan lancar. dengan hantarannya cuma Rm 500 dan maskawennya rm80 ringgit. di kala itu banyaklah mulut2 yg bercakap2 di belakang..kenapa murah sangat. sudahlah anak tuan guru katanya....tak patutlah,ape2 laa...bagi mak dan ayah ,biar org kata, dah penat mereka berkata2 diam lah ia..pepatah melayu ada berkate, mulut tempayang boleh di tutup...mulut org???mak pun tak kesah mase tu, budak dungu rmlah katakan, pegang Rm10 pun tak pernah..tp mak seronok tak terkate sebb dapat barang2 kemas,Atok ayah tak ambil satu sen pun...agaknya dalam ati tok ayah mase tu,yg penting anaknya ade org minat,, anaknya tak lah secantik mane pun.. biarlah sudah ade org sudi nak jaga anaknya...huhuhu sabar ajelah.. duit tak bernilai langsung baginya, yg penting menantu barunya itu seorang ustaz, sudah tentulah yg beragama....
kalian ingat tak sedih ke?,, mak anak yg ke 5 dalam adik beradik kena kawen dulu, sedangkan abang dan kakak sorang pun belum ade yg kawan. tapi, tak megape, dalam fikiran mak cuma ingin menjadi anak yg taat dan solehah aje,lama2 baru dapat kesan akan keberkatannya, apabila mak sudah berada disini...baru perasan...Ya Allah Alangkah bahagianya kami,Alhamdulillah...macam mana agaknya kalau mak bangkang cakap Tok Ayah dulu..adakah mak berada di tempat sekarang ni?Wallahuaa'lam.
Oleh itu mak sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah yg sentiasa melimpahkan nikmat dan rahmatnya ke atas keluarga kite.
Ayah dan mak jauh jarak usianya 11 tahun. ayah kamu seorang yg sangat matang lagi serius.. pada mase tu mak banyak belajar erti dewasa dengan begitu pantas sekali. mak tak rase zaman enjoi2 ni, mak tak rase zaman berseronok ronok dgn rakan sebaya mak.. tahun ke dua kawen mak dah dapat Along. lepas along, beranak kembar pulak, yang Ayah pula di UKM,menyambung ijazahnya.Allah maha kaya, dalam masa kami nak berkenal2 tu.. ayah tetap dengan kawan bujangnya, tapi mak tak kesahlah, walaupun kadang2 mak kesah juga. mak akan tanya ayah kemana?, di mana dan bla bla.bla, Ayah jawap senang je.. kami gi sembang2 kat surau.. kami bukan buat jahat pun, tengok wayang ke ape ke dan bla bal bla... jadi mak pasralah.. dalam ati mak kata, patutlah Allah beri mak anak cepat.agar mak dapat menyebukkan diri bermain2 dan menguruskan anak..biarlah ayah dgn aktivitinye macam biase dan ayah sudah cakap macam tu mak terima ajelah. jangan di sekat aktivitinya yg tak bercanggah dengan agama.mudah2 mak akan mendapat juga ganjaran sedikit sebanyak yang di janjikan olehNya.. bagi mak banyakkan bersabar,sabar itu pahit, tetapi akan manis kemudiannya. rupa2 dari pembacaan mak, orang leleki ni pantangnya satu aje, jangan kita kongkong dia,. yg penting dia tahu tanggung jawab dia dalam rumah tangga. kuat pegangan agama, cukup!tenson2 sikit2 tu, adatlah. tapi jangan di besar2kan dan biarkan berpanjangan. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita yg memilih same ade nak bahagia, atau menderita?tanya diri kita sendiri.
Bagi mak dua2 belah pehak misti bertolak ansur dan banyak2kan bersabar.. pesanan ini di khas buat anak2 dan menantu2 maklah yg baru masuk setahun jagung dalam alam rumahtangga.. banyak yg perlu di pelajari mengenai ilmu berkaitan alam rumahtangga ni.. ingat senang ke kawen tu? beranak2 lalu bercucu... nampak macam senangkan?
Calang2 org ramai yg tewas.. walaupun mereka orang kaya, terpelajar, lagi alim dan lain2. tapi ingat syaitan sentiasa bersedia menjalankan tugasnya untuk meruntukkan rumahtangga atau masjid yang kita bena, macam2 dugaan yg datang, ribaut taufan, yg melanda. Kalau kita kuat dalam berilmu dan kuat pegagan agama, In sha Allah, Allah akan tolong dan uruskan kehidupan kita , itulah janji Allah.sesunggunya janji Allah itu benar belake.
Banyak pengalaman2 yg nak mak kongsikan disini, pengalaman mak ialah sejak ayah berkawen dengan mak kemana saja kami pindah ayah akan pastikan surau atau masjid untuk tujuan berjemaah, itu satu kemistian buat ayah, ayah akan bergaul dengan penduduk setempat macam bukan org baru di situ, ayah akan solat berjemaah, ayah akan mengoferkan dirinya tazkirah subuh dan kuliah magrib.. di mana saja kami bermustautin..ayah banyak mengajak masyarakat setempat kepada agama melalui kuliah2nye. Apatah lagilah tugas ayah ketika itu sebagai Qadhi Daerah..
Kami terasa sangat sedih apabila hendak berpindah ke tempat lain, kerana hubungan kami dengan masyarakat amat rapat, tapi apakan daya, kerja dengan kerajaan terpaksa berpindah randah.
Masih terbayang lagi suasana ketika kami nak berpindah dari Sungai Besar ke Keramat, Tok sidang2, penghulu2 serta jemaah masjid dan surau ramai yg turun menghantar kami, ada yg menghantar depan rumah aje dan ada yg menghantar sampai ke Keramat. berkomvoi lg.. ramai orang dari barang yg nak di angkat naik atas lori.. kata staf pejabat agama.tak pernah sebelum2 ni, mengantar org pindah sebegitu ramai yg datang.. meriah sungguh. dah lah bulan puasa ketika itu. ayah amat rapat dengan jemaah masjid dan ketua2 jabatan masa di Sabak Bernam ari tu..siap membekalkan kami dengan buah pisang,ikan keli yg sudah begaram kunyit dan buah kelapa.mungkin mereka takut sangat kami tak ada makanan apabila tiba di tempat baru nanti.tapi orang Jawa dan orang Banjar memang macam tu, sangat baik hati,dia buatnya kami bagai anak2 mereka aje.terpaksalah pulak kami mengagih2kan pisang2 yang banyak itu kepada staf pejabat agama tu.memanjang2kan sedekah orang..
Pengalaman nak berpindah ni bukan setakat dari Sg. Besar aje. tetapi dari Au2 ke Au3 sahaja, kami di permudahkan Allah. tak tau sesiapa yg menghantar lori. tau2 kami tak perlu bayar lori.hinggalah kami pindah ke rumah sendiri ni. macam2 Allah permudahkan kehidupan kami. maka dengan tak ragu2 lagi kami yakin bawa yg memberi segala2nya adalah datangnya dari Allah melalui makhluknya yg bernama manusia lalu menjadikannya rezeki yg tidak disangka2 buat kami..
Jemaah surau depan rumah ni mencadangkan ayah tidak keluar dari Taman seri Keramat yg sangat keramat ni.. Ade yg sanggup berkongsi mendahulukan duit untuk membayar rumah kami dengan cara berhutang dan ade pula yang memberi terus. dengan gembira ayah cakap pada mak, "tenguk ni, apabila kita buat kerja Allah ni, Allah akan uruskan urusan dunia kita dangan tidak bertanguh2 dan di sangka2 ".
Suka juga mak nak kongsi2kan pengalaman yg lain pula iaitu, oleh kerana ayah tiap2 pagi memberi tazkirah di surau depan ni.. jadi ketika ayah berkira2 nak beli rumah sendiri kat tempat lain.. lagi sekali perkara yg tak di sangka2 terjadi, ketika itu,memang menjadi rezeki kami apa bila kebetulan ada org nak menjual rumah betul di hadapan surau ni. Allahurabbi, urusannya jual beli rumah mudah dan senang sekali.harganya dapat murah dari harga semasa pulak tu. Syukur Ya Allah rezeki yg melimpah ruah. begitu juga ketika nak membeli kereta unser dan urusan2 mengawenkan anak2. segala2nya Allah mudahkan. Alhamdulillah. Itu semua adalah rezeki yg tidak di sangka2 yg di beri Allah. Ayah malu nak minta tolong. mintalah kepada Allah, Allah yg berkuasa menggerakkan hati mereka2 untuk membantu kami. segale2 pemberian Allah itu adalah bersebab. tolonglah anak2 ku, kalian fikir2kan.
Mak ceritakan perkara2 ni, bukan untuk riak tetapi buat renunggan anak, Allah akan permudahkan dunia kita kalau kita buat kerja2 Allah dan ambillah sebagai pengajaran.Perkara ini dah selalu kami ulang2kan..macam iklan pulak.
Moral ceritanya, Perkara yang paling penting dalam kehidupan kita di atas muka bumi ni adalah agama. ramai org nak agama, tetapi ramai lagi yang jauh dari agama.. barang siapa jauhkan dirinya dari Allah, maka Allah juga akan menjauh darinya. Ingatlah Allah ketika senang, nescaya Allah akan ingat kita ketika susah.
ke 2, apakah tujuan asal kita hidup di atas muka bumi ni..
1-Jaga hubungan dengan Allah.(Hablumminallah).
2-jaga hubunggan dengan manusia,(Hablumminannas).
Kemana saja kita pergi bergaullah dengan masyarakat masjid dan surau dengan cara berjemaah. Carilah masjid dan surau, walaupun jauh dari rumah. di situ kita akan bergaul dengan masyarakat..kita tak akan di pingirkan.. kita tak akan merasa sunyi dengan dunia nafsi2 kita.apekeh kesudahannya jika berlaku begitu???
Dunia di jadikan untuk manusia dan manusia di jadikan untuk Akhirat.
Kemana saja kami berada,ayah akan buat kumpulan2 usrah.. kadang2 untuk isteri pun ada. untuk kami membena lebih lagi kekuatan rohani kami.In Sya Allah.
Ke3-Taatlah dan dengarlah kata emak ayah, nescaya Allah akan mempermudahkan kehidupan kita, kerana yang menyuruh taat kepada org tua itu adalah Allah, jadi ikhlaskan hati, buatlah ketaatan itu kerana Allah, memang Allah akan uruskan kehidpan kita..dan segala rezeki Allah akan murahkan. In sha Allah.Akhirnya kita akan nampak keberkatannya di situ.. Bagi mak memang cukup yakin kerana mak mengalaminya sendiri..
4-Banyakkanlah bermunajat kepada Allah dengan berjaga di 2/3 malam. Apa lagi di malam2 Jumaat. supaya kita sentiasa mohonlah kepada Allah macam ni, "Ya Allah sesungguhnya aku ni jahil Ya Allah, aku Bodoh Ya Allah, tunjukkan aku bagaimana cara untuk aku hendak mendidik anak2ku dengan cara yg Engkau redhai Ya Allah, berkatilah kehidupan ku Ya Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Berikanlah aku hidayah Mu dan bimbinglah aku supaya hati aku lembut untuk taat kepada Mu dan orang tua ku. lembutkanlah hati2 kami agar dapat kami sentiasa menerima nasehat untuk memperbetulkan diri kami".
-Akhirnya anak2 ku sayang, ingatlah, selagi ade teguran dari orang tua kita maknanya selagi itulah, mereka masih sayangkan kita.. sebaliknya meraka akan membiarkan sahaja ....
Jikalau kita tidak mendengar kata2 orang tua kita, tiada gunanya. penyesalan akan datang apabila orang tua sudah mati dan menutup mata nanti. oleh itu berebut2lah kalian mengambil hati dan menyenangkan hati kami.
Ingat dunia ibarat roda,hari ni, jika kalian buat kami.satu masa nnti anak2 kalian pulak akan membuat kalian. sebab kalian dah mendahului..begitu juga sebaliknya..
Mudah2an kita beroleh syurga di dunia dan seterusnya merindui surga yg abadan abada di sana kelak.Kembalilah kepada tuhan Mu dengan jiwa2 tenang...Amiinn... .
![]() |
lawatan ke Indonisia.. |
![]() |
Lwatan ke Beijing. |
![]() |
Di Taif |
![]() |
Umrah 2013 |
![]() |
Mesir 2008. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan