Ahad, 2 November 2014

Whatssup telah mempertemukan kami kawan2 lama..

Gambar inilah pencetus segala kenangan lalu,mungkin ia telah membuat kejutan akan pertemuan ini..

  Alhamdulillah setelah hampir 30 tahun kami terputus hubungan, kini tiba2 kami dapat bersua kembali walaupun  melalui alam maya,whatssup telah mempertemukan mak dengan kawan lama2 mak.Allahurabbi..seronok tak terkata. ia dapat mengimbau kembali kenangan masa silam mak.Walaupun mak sekejap aja di sekolah Hishamuddin Kampong Jawa  tu .tetapi kemesraan diantara kami amat kuat..pertama kali duduk asrama,keluarga jauh,jadi kawan2lah tempat kami meluahkan perasaan,.makan bersama ,mandi bersama,solat bersama dan kesekolah bersama.
Sedih juga bila dapat tahu ada juga kekawan mak yg telah kembali ke Rahmatullah.Al fatehah buat meraka..moga Rohnya terhimpun bersama para soleh dan solehin..tenanglah kalian di sana.
   Kami pelajar2 tingkatan 4,duduk di satu blok papan yg dah buruk..sbb blok2 yg baru dah tak muat..jauh dari warden..sbb warden duduk arama baru.apa lagi seronok lah kami.ikut suka mak bapak kami di asrama tu..tongkang karam pun tak macam tu..tp ketua asrama garang..dia jerit je,ketiga2 drom dengar..semua diam kejap,pastu bising semula....
Suatu petang selepas solat asar, mak duduk bersantai2 di bawah ampaian,mak berborak2lah dgn kawan mak ni,nama dia Norlizah sarmin."liza liza, aku rasa tak nak belajar lah ,aku nak kawen",sambil tergelak liza kata" ko nak kawen dgn siape?,".Mak kate "dengan sesiap lah yg nak kawen dengan aku"..pastu kami gelak besar sesame..tak taulah dia masih ingat lagi ke tidak, perbualan itu.
 Jadi selepas itu, kami melalui kehidupan di asrama seperti biasa,hinggalah kami ke tingkatan lima. Rupa2 di tingkatan lima ini lah segala2 terjadi dengan sekelip mata je.mak rasa ketika mak bercakap2 dangan kawan mak dan mase itu lah malaikat telah mengaminkan,dah pintu langit terbuka.Allah telah memakbolkan permintaan mak untuk kawen dan tak sambung belajar lagi..bila di kenang2kan,tu lah maha kuasa Allah yg mengatur sekelian alam dan akan segala2nya.maka terputus hubungan hinggalah ke satu ketika,ale2 dgn percaturan Allah juga kami dapat bertemu semula,terima kasih Allah, Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.terima kasih juga kepada kawan baik mak,Ainon khadijah yg berusaha mencari kawan2 lama ni ,jasa mu amat dikenang selamanya.sebelum ni puas dah, dalam hati mak tertanya2, manalah kawan2 mak kat asrama dulu..
Alhamdulillah kawan mak sekarang semua dah berjaya,ramai dah jadi pegawai dan guru besar,tak di nafikan ada yg jadi suri rumah macam mak..mungkin 80% kawan2 mak yg menjadi pendidik.Alhamdulillah..kerjaya yg di berkati jika kita ikhlas..in sya Allah..
 Banyak kenangan yg hendak di kongsi2kan tapi cukuplah setakat itu, yg lelebihnya biar lah ia menjadi kenangan yg tersimpan didalam sanubari dan lagi bermakna buat mak.
Semoga kami dapat bertemu di alam rialiti tak lama lagi..kami telah merancang reanion..in sya Allah,Allah akan permudahkan dan tak sabar2 lagi nak berjumpa kawan2 lama mak.moga meraka dapat melapangkan masa untuk pertemuan yg bermakna ini..
 INI lah antara kekawan mak yg berjaya di kesan..






Tiada ulasan: