ALHAMDULILLAH.,
Hari ini, genap 32 tahun kami melayari bahtera perkawinan.Syukur yg tak terhingga kepada Allah yg telah memberi segala nikmatNya ini.
Tahun lepas mak tak sempat atau rasa malas nak mencoretkan apa2 pun.kebetulan tahun lepas ada sejarah yang telah berlaku di dalam keluarga kita.iaitu peristiwa yang tidak di duga sama sekali, akan kembalinya seorang dari ahli keluarga kepada penciptanya.
Al Fatehah, buat arwah kak long Nurhamizah Bt. mohd sharif, dengan rasa sedih dan Redha, kami pulangkan segala2nya kepada Allah yang maha kuasa,yang amat mengetahui akan segala rahsia yg berlaku.Tenanglah kak long di alam sana.
Terharu?, ye!terharu sangat, usia perkawinan sampai ke tahap ini.di kurniakan anak seramai 8 org, 6 yg sudah lepas berumahtangga,hanya tinggal sepasang je lagi yang belum berumah tangga.Mudah2an mereka berdua di temukan jodoh yg soleh dan solehah.
Banyaknya ranjau dan rentangan yang kami lalui ketika melayari bahtera rumahtangga ini hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Allahurabbi, Ye! Allah, tuhan kita,pencipta sekelian 'Alam, Dia amat mengetahui apa yg ada di dalam bumi dan di luar bumi, apa yg tersirat dalam hati dan apa yg ada di luar hati.
Bagi mak 32 tahun, bukanlah jangka masa yg sekejap, membena rumahtangga bukan seperti kita membena objek yg tidak bernyawa.ia kaku,dia tak berperasaan.tetapi dalam membena rumah tangga kita membina hati2 yg berperasaan.hati suami atau isteri sentiasa nak di jaga, hati anak2 lagi perlu nak di jaga. kalau anak 8 org ,maknanya 8 hatilah yg perlu di jaga, macam2 ragam.ada yg suka di tegur,ada yg marah bila di tegur,ada yg memendam rasa dan ada yg berterus terang.semua itu mak kena tahu dan selidik satu persatu, selain dari makan minum dan pakai.
Pulangkan kepada Allah jua,apa2 ganjarannya.Masa itu, sikit pun tidak terfikir apa jua balasan yg anak2 akan berikan.kita bukan menanam pokok kelapa sawet yg satu hari kita akan mendapakan hasilnya.Apa yg mak sentiasa fikirkan sepanjang waktu agar anak2 menjadi manusia yg sempurna dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada masyarakat dan keluarga.Amiinn.
Bayangkan didalam usia mak akhir belasan tahun sudah mempunyai 3 org nak.Along,angah dan Dik lah(kembar), hanya pasrah dengan kehidupan yang telah di aturkan.Berbekalkan ilmu yg sedikit sangat.sama ada ilmu rumah tangga dan segala2 ilmu.Tapi dengan kesedaran itu mak berubah dan berusaha menimba ilmu dangan banyakkan membaca dan menanya org yg lebih berpengalaman,seperti mak2 , atok2 saudara dan lain2.,ilmu ni lagi kita belajar, lagi banyak yg kita tak tahu.kata arwah ayah mak.
Mak bernikad mencari ilmu agama, ilmu berumahtangga, ilmu masak memasak dan ilmu kekemasan rumah.
Hati emak mana yang tidak rasa gembira apabila dapat mengembirakan hati ahli keluarganya? Terbayang wajah2 ketenangan suami dan anak2 pabila meraka pulang dari pejabat dan sekolah.berada didalam kehidupan keluarga yang teratur. bersama bergelak ketawa bersenda.
Bagi mak bekerja sebagai suri rumah adalah perkerjaan yg sangat mengembirakan.tak ada rasa terpaksa.segala perkerjaan dilakukan atas dasar hobi. itulah org tua mak yang ajar.keikhlasan amat penting, jangan ada rasa tertekan, selalu berkata kepada hati, tak pe ini je rezeki aku. Allah dah aturkan segala2nya,terima ajalah.redha aje lah..itu cara mak pujuk dan pupuk hati mak.cara mak lah.org lain tak tahu lah mak, macam ne?.mak buat je yg terbaik,suami balik, layan,tanya dah makan ke belum?,sudah makan apa?. waktu2 makan, bagi anak2 makan,kekemasan rumah sangat perlu di jaga.
Start bangun pagi mak sudah siapkan segalanya dari sarapan,makan tengah hari dan malam, sambil mengambil anak pulang dan pergi sekolah.mana ada bibik.kami jarang makan di luar.bila berjalan dan bercuti pun mak akan mengangkut periuk nasi,masak sendiri.anak ramai,masak sendirilah, muai kata orang,anak kenyang.lagi anak2 sedang membesar.kelaparan memanjang. tapi di situ, hati mak rasa satu kepuasan.dapat menjimatkan belanja.sebelum pergi bercuti mak sudah senarai panjangkan apa yg perlu di buat dan di bawak.supaya apa?
Supaya tak kena bebel dan marah dengan ayah kamu.kalau dah kene marah dan bebel, terbantut mood nak bercuti.kan?, tetapi bagi mak senang je cara nak mengatasinya,SENYAP.jangan menyahut,banyakkan bersabar dan jangan menjawab.lagi2 kalau kita akui kesilapan kita,lagi dia suka.maklumlah kita kan da penat,lagi kene bebel,bertambah penat jadinya,itulah salah satu kunci kebahagiaan rumahtangga mak yg terbena hingga sekarang.ambillah ia sebagai perkara remeh yang mematangkan kita.tak susah pun hanya tahan diri dengan sabar je.kita tak jawab sebab tak nak bergaduh di depan anak2.masa ini anak akan memjadikan kita contoh ikutan mereka.ingat tu.
Kadang2 tu, mak pulak yg membebel2,ayah pulak yg diam..dalam alam rumah tangga kena ada sefahaman dan bertolak ansur.jangan rasa diri kita aja yg lebih baik dan betol.banyakkan mengalah.ingat! kita sentiasa ada membuat silap dan salah.
Kalau pasangan kita tak suka kita lakukan sesuatu perkara itu,maka janganlah kita lakukan.senangkan?ikut dan taat itu lagi penting, selagi ia tidak melanggar syarak.tak susahkan?. ini pun salah satu perkara yg menjamin untuk kita mencapai kebahagiaan.mula kawen dulu,mak rasa tak boleh terima juga sebab asyik kena arah je.tetapi bila mak fikir2kan balik,seronok pula kena arah2 ni,ketika itu baru mak rasa, diri ini amat di perlukan,mak tak rasa terpaksa.mak tak tunjukkan memek muka tak puas hati,jika itu terjadi, maka teserlah ketidak ikhlasan kita di situ.pujuk hati supaya setiasa taat kepadanya,rupa2nya ada hikhmah yang tersembunyi di situ.iaitu suami akan semakin sayang dan cinta kepada kita.walaupun si dia tidak tunjuk dan meluahkannya,tetapi kita tahu dan merasainya.
Jarak 11 tahun dengan ayah menjadikan mak lebih cepat matang.di kurniakan anak2 yg org kata susun paku.diawal 20 an mak dah bersedia menguruskan anak2 yg rapat2 jarak usianya.redha dan berlapang dada dengan ketentuan Allah,Alhamdulillah, mak dapat mengatasi dengan jayanya.lagi sekali mak ulang, banyakkan bersabar dan sentiasa mengharap pertolongan Allah dan mohon Allah permudahkan segala2nya.
Bagi mak kehidupan ini begitu pantas berlaku dan berlalu,antara pejam dan celik,siang dan malam,hari kehari,bulan ke bulan,tahun ketahun. tak sedar masa itu sudahberlalu pergi jauh meninggalkan kita.
Tak perasan bila mak membesarkan seorang demi seorang anak2 mak yg seramai 8 orang tu.Tak ingat lagi macam mana sakitnya bersalin.( tp tahu, memang sakitlah).
Senang lagi mengesahkan masa anak2 masih kecil.bagi makan,pakai ,bebel jika ada yg tak kena,selesai masaalah.tetapi cabaran yg paling mencabar apabila anak meningkat remaja, sudah panjang akalnya dan sedang mencari identitinya sendiri.
Yaa Rabb..bila di kenang2kan..macam2 hal yg berlaku.hinggakan mak pernah menjampi atau mendoakan kepada sebotol besar air dengan zikir2 pelembut hati sebanyak 16 ribu kali selama beberapa hari setiap lepas solat fardhu.ikut cara mak sendiri la,sbb mak yakin, doa ibu itu, tak ada hijab bagiNya.mereka meningkat remaja serentak,tak terkawal rasanya dan berbagai ragam.
Alhamdulillah,Berkat usaha yang mak buat. walaupun mereka memerontak tetapi hati mereka lembut.mak tahu tu. Allah hanya menduga kita ibu bapa mereka.duniakan tempat ujian?segala ujian sama ada susah dan senang akan di beri ganjaran pahala,jika kita Redha dan syukur.sesungguhnya janji2 Allah itu benar belaka..hadapilah cabaran dan ujian itu semua dengan berlapag dada.
Amat penting sekali berusaha semaxsima mungkin untuk mengatasi masaala2 yg datang. apa yg perlu di tolong,luahkan kepada ahli keluarga yg lain.jangan ada rasa di pinggirkan.tolong2 menolong amat penting di antara anak2 dan ahli keluarga.nasihat2 menasihati juga salah satu petolongan yg amat di perlukan selaian dari yang lain.
Alhamdulillah,sekarang anak2 sudah besar dan sebahagia besarnya sudah berumahtangga.mak ayah boleh jadi pakar rujuk.in sya Allah.kami kan menjadi pendengar dan penasihat terbaik mengikut pengalam2 kami.kalau rumah tangan anak2 berantakkan, tempiasnya akan terkena kat kami jugakan?.
Oleh itu berusahalah membahagiakan rumahtangga kalian.jangan beri ruang kepada syaitan menjelit.jangan kita tergulong didalam kalangan org2 yg rugi di dunia lagi di akhirat.jaga solat iaitu hubungan dengan Allah,jaga juga hubungan dengan manusia iaitu masyarakat.
Ayah paling suka dan sayang kalau anak2nya mengikut cakap.banyak kali ayah pesankan?ambil maklumlah..
Mak juga sentiasa mendoakan agar anak2 juga merasai sakinah(ketenangan), memudahkan kehidupan dan kebahagiaan dalam berumahtangga yg seperti kami kecapi.in sya Allah..bagi mak, mencapai surga dunia ini dulu amat penting.sebelum kita akan kecapi surga di akhirat yg abadan abadaa.
Akhir sekali,buat anak2, tolong doakan terus kebahagian utk kami.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan