![]() |
Perkuburan Kak Long.Al Fatehah. |
![]() |
Kesah sehari sebelum kejadian. |
![]() |
Syaima' Ulya' |
![]() |
Keluarga Along |
![]() |
Anak2 Mereka |
![]() |
Umrah 2013 |
![]() |
Berangkat balik ke Mekah |
![]() |
Dlam Perjalanan Ke Taif. |
![]() |
kak long bersama atok |
![]() |
Masjid terapung Jeddah |
![]() |
Di hadapan University Ummul Qurra'. |
Rupe2nya emak akan mencoretkan kesah yg paling menyayat hati, setakat ini di dalam kehidupan mak.iaitu akan coretan kembalinya menantu mak ke alam Baqa'.walaupun mak copy dr status2 di Fb mak.
Pejam celik, pejam celik dah hampir tiga minggu kak long pergi meninggalkan kami semua buat selama2nya..
Ni Mak nak meneruskan cerita mak, ape yg berlaku selepas kemalangan itu k!.sbb ramai yg pm, suruh mak bercerita lg..
Selepas kemalangan itu..mak hanya mampu berdoa" ya Allah, bantulah kami.".berulang2..along dan ayah terus berada dgn kak long utk mengajar kak long mengucap.. keadaan semakin kecoh..
Adik along, Najiah dan Muiz dah terduduk tak boleh bergerak, mungkin patah dan terkejut akibat kemalangan itu..
Solehuddin, anak kak long yg kecil mak nampak di bawa oleh org kampong menaiki motor ke hospital..tiba2 ambulan datang bersama Solleh.rupa2nya Solleh menangis mencari2 mama dia.. mak ambil Solleh dan mendokongnya..kami di bawa dgn sebuah kenari ke hospital oleh seorg pemuda bengkil kereta yg berhampiran.,perjalanan ke hospital memakan masa juga, kami terpaksa pusing semula Pulau langkawi sebb jalan sehala..sebuah ambulan bawa kak long dan along..dan sebuah lagi ambulan bawa Muiz.
Di hospital mak nampak ambulan bawa kak long sampai..di atas troli kak long masih bertudung litup dgn diberi alat penafasan..tak lama selepas itu ambulan bawa muiz pula sampai, tiba hujan turun selebat2nya..
Along keluar dari balik ke cemasan..dia dapatkan kami lalu berkata" kak long dah tak ade"..kami berpelokkan..kami menangis..menangis yg tertahan2."kita kena kuat long, Allah sayang kak long, Allah sayang kita", AllahuRobbi...beratnya ujian Mu"....mak pergi ke bilik air.mak menangis semahu2nya..mak lepaskan di situ..mak fikir mak harus kuat, demi anak2 dan cucu2.setelah memberitahu semua ahli keluarga terdekat kami mohon doa agar di permudahkan.
Selepas itu kami berbincang2 di dlm bilik kecemasan..jenazah kak long nak di bawe ke mana?... mak harap dpt bawe balik ke Keramat...ayah kate telifon Ma Kak long dulu..tanya mcm mana, sama ada nak di bawa ke Kelantan ke?..dgn tak membantah, Ma Kak long kata, ikut lah, nanti Ma beli tiket ke Kl..Allahurobbi.memang senang sekali berkira, sbb keluaga Kak long org baik2.alhamdulillah...
Di hospital Kuah, sudah ramai para jemaah yg mengenali Along masa di Tanah suci Mekah datang memberi semangat kepada kami, ada juga yg menangis mak tengok..ada yg membelikan makanan dan air..tetapi kami dah tak lalu makan dah masa tu..
Selepas tu mak fikir cara nak menuntut jenazah pula.. mak takut urusannya lambat..mak pergi ke bilik jenazah bersama chu yg baru mak kenali.chu bercakap dgn pembantu Dr.sambil mak dengar.sekali2 mak menyampok" saya tak mahu di apa2 jenazah ni.saya waris, kami berhak"..tetapi dia tetap berkeras cakap mcm2.dr kata polis, polis kate dr..chu menalifon Yb langkawi utk meminta tolong. Mak carik ayah tak nampak2..rupe2 ayah mengambil barang di Homstey..
Mak risau sangat kalau jenazah kak long di apa2kan.di situ mak dapat kekuatan..dimana kekuatan mak datang,kalau bukan Allah yg berikan..kali ke dua mak pergi, mak ajak kak mah dan liza pula..kata kak mah apa nak jadi, jadilah..kami tetap nak tuntut jenazah..sampai saja di bilik itu..budak tu tanya" Akk pergi mana? saya telifon2 tak angkat, ni nak bagi dah, nnti tukang mandi datang, saya sorong dlm bilik penyelangaraan..mak di suruh tulis borang dan sain dgn pen merah..tak putus2 di mulut mak ucapkan Alhamdulillah.Syukur Ya Allah...
Mak yakin inilah doa semua org yg mendengar berita ini..mereka mendoakan kami agar di permudahkan..Muiz dan Najiah pula tak patah apa2..Along dan anak2 pun ok.tak ada yg cedera ...Alhamdulillah..
Setelah di mandi, di kafan dan di letakkan di keranda...kami semua pergi ke surau dekat dgn rumah pak imam hj Ismail, sementara jenazah kak long di tempatkan di surau itu.,kami ke rumah pak imam, utk membuat persiapan diri utk balik ke Kl.
Selepas waktu magrib itu, Jenazah Kak long telah di solatkan oleh org2 kampong nyiyor Cabang..
Di arpot Kuah ramai yg menghantar..terharu sangat rasanya..
Pukul 9.45 kami di terbangkan dari langkawi ke Klia..
lebih kurang pukul 11 mlm, kami sampai...tetapi masaalahnya kargo tidak lepas lagi..adik mak, Zubir yg menuntut jenazah kak long berkata, mereka melengah2kan. Sedangkan org di langkawi kata bagi surat ni je..akan lepas...bole mereka kata, 'esok je lah dik'...mak msg adik mak."bey( zubir), sergah je mereke",..maka adik mak pun sergahlah, " cer keluarge ko yg kene, ni org bertalu2 coll ni sape nak jawap",.. tiba2 terus mereka dtg kat adik mak, minta maaf..kata sepupu mak, mrk nak duit..cer bagi, tu jam juge di lepaskannya..Allahuakbar....benda2 mcm ni pun nak buat main2 ke?.. biarlah mereka dgn masaalah mereka..
Mungkin Allah nak lambat2 solat jenazah kk long..nak tunggu waktu tahajjud..iaitu waktu yg amat mustajab dan di angkat doa2 hamba2Nya.
Ketika nak mengambil jenazah inilah 2 x hidung adik mak di sapa oleh wangian yg semerbak harum..dia yakin bauan itu dtgnya dari dlm keranda itu.Allahrobbi..
Ven jenazah beredar dari klia membelah pekatnya malam dgn lajunya..zubir mengigatkan pak cik yg membawa ven jenazah...''yg dah jadi jenazah sudah tentu jadi jenazah pak cik..nnti kita pulak yg jadi jenazah...cerita adik mak itu lg..
Bila kami sampai sahaja di Keramat mak tengok kereta sudah berderit panjang..Allahuakbar.rupa2 sanak saudara dan sahabat handai masih sabar menunggu utk melihat ketua bidadari ini buat kali terakhir.rezeki kak long,ikhlas org ramai menunggunya..
Keranda di buka, perpusu2 mereka nak melihat...tetapi ketua bidadari ini tetap berniqab..tetapi niqabnya kapas..org melihat seolah2 tak mahu berganjak.
Mlm tu solat jenazah kak long ada dlm 10 saf..Alhamdulillah..walaupun di sepertiga mlm..dengar cerita di masjidil haram pun buat solat ghaib oleh group usrah Mekah utk kak long ketika itu juga....maka dgn ni tercapailah wasiat kak long nak di solatkan di Misjidilharam.in sya Allah..
Subhanallah..
Kematian kita menceritakan bagaimana kehidupan kita di dunia..status kak long suatu ketika dulu..kematian yg menghidupkan.
Di sini mak nak ucapkan sebanyak2 terima kasih lg sekali kepada org langkawi dari budak yg membawa kami ke hospital..doctor, kaki tangan hospital dan Haji Halim, ketua trevel jemaah umrah yg meraikan kami di sana..
Syukur kepada Allah yg telah memudahkan segala urusan ketika musibah itu menimpa...kepada Allah kami pulangkan segale2nye.
Mungkin ramai yg nak tahu kesah keranda itu..
Kami pergi ke langkawi utk bercuti atas pelawaan Along dan kak long.kata along, jemaah yg Along ceramah di tanah suci ajak Along jalan2 ke langkawi ajak emak ayah sekali....
Kami bertolak dari Kl..pada hari Rabu..kami ke KLIA menaiki Ven Texci..
Kami mendarat di Pulau pinang di sambut oleh Hj Halim Salleh dan anaknya..dua kereta..
Di sana kami di raikan..kata mereka Ustaz dari Mekah mai.kami pegi makan tengah hari di Restoran Pompom..sedap sangat..di situ sudah ada 2 org akk yg kenal Along di Mekah belanja makan.
Kami terus ke langkawi, sampai di jeti Kuala Perlis azan magrib berkumandang..kami terus di bawe ke masjid Niyor Cabang.sbb jemaah masjid sudah ramai menunggu..Along dapat beri tazkirah magrib sikit.lepas solat isyak ada jamuan makan yg di masak oleh org kampong...sedap sangat gulai kari dan ayam masak kicapnya kata Kak long..banyak kak long makan..
Ketika nak beredar, kami pergi ke halaman masjid, tiba2 solleh menagis.atas dokong Pak tehnya..mak tanya.kenapa"..rupa2 ada bayang2 pokok berbentuk lima jari ..Solleh takut..yg Kak long pula beria2 ambil gambar dgn hpnya..
Pada pagi jumaat itu pak imam Ismail mengajak kami utk bersarapan pagi..
Lepas sarapan kami akan pergi pusing2 pulau Langkawi..di sebelah rumah pak imam ada tempat perusahaan isteri pak imam iaitu alat2 pengurusan jenazah ketika di dlm kubur.kak zubaidah seronok menerangkan satu persatu..mak sebuk ambil gambar.ada papan lahad, ada jenis yg tiga segi tu yg di beri nama gajah tertangkup..tetapi yg paling menyayat hati..keranda itu..along tanya ape tah kat isteri pak imam.lagaknya macam menempah..Allah..bila di ceritakan dan tunjuk gambar kepada keluarga semua terkejut..memang keranda yg along pegang itulah yg membawa Kak long balik ke Keramat..
Ketika pusing pulau kami seronok sangat..dulu selalu mak pesan kat anak2 kalau mrk nak pergi rambongan dan keluar dgn kekawan.jangan seronok2 sangat.beringat2 sikit..memang kami rase seronok sangat masa keliling pulau tu.kami pg gua kelawar dan tempat ikan pari dan pantai Chenang.malam tu kami pg makan restoren siam..ada kuih pak tungku..banyaknya kami makan.tak sedar hingga 7 set kami oder.ialah makan masa panas2..
Malam tu kami balik ke homstey..kak long masuk bilik tak keluar2 lg.mungkin kak long penat..tiba2 mlm tu Along demam .munkin badan along dapat rasekannya.. tp pagi tu mak dengar kak long masih mengaji lagi..kak long memang istiqomah menjaga al qurannya..pagi tu kami bersiap2 utk bersarapan ke Restoren Siti Fatimah pula...semasa mak sisir rambut..tiba2 jantong mak berdegup gencang..dlm hati terus terlintas ada perkara tak elok nak jadi ni..tapi mak buat tak tahu je..kak long sudah kemas barang2nya lalu di susun di hadapan pintu keluar..mak perasan, Kak long tak banyak bercakap..kak long asyik tenung Along je.
Kami pg ke klinik utk cek kesihatan Along..kak long pun masuk dlm bilik doc juga.
Selepas itu kami nak meneruskan lawatan ke perusahaan madu kelulut dan tempat susu kerbau..
Dalam perjalanan itulah kami di timpa kemalanggan..mak, ayah..naik kereta haji Halim di hadapan..tiba kami dengar dentuman..kami pandang ke belakang..tengok2 kereta yg mereka naik sudah melintang di tengah2 jalan.ALLAHUAKBAR.
Mak sampai di tempat kejadian kak long sudah terbaring di kerusi penumpang belakang dengan auratnya tertutup kemas..cuma mukanya je yg terbuka.Along mengajar kak long menyucap..mak saksikan kak long pergi dgn tenang...nafasnya satu2 sambil mulutnya bergerak2..ya, kak long pg dgn tenang sekali.....masa mak dan isteri pak imam memandikan setitik darah pun tak ada..lukanya sikit sangat..Allah sayang kak long..Allah ambil kak long..
Allah maha tahu,di ujinya kita supaya kita dapat tingkatkan keimanan dan darjat atau nak mengkifarahkan dose2 kita.AllahuRobbi..Hari ni Fateh demam,mungkin baru rasa akan kehilangan mama dia..Ya Allah beri anak ini kekuatan dan kesabaran..Hari ni Hari jadi fateh yg ke enam tahun....
Allah,itu je yg mampu rasenya..kira berdakwah juge kan?..walaupun org tak kenal kita.tp org bole dengar dakwah kita..itulah yg kami bincang2kan dgn akk long di hari2 sebelum dia pergi.
Pagi ni tempat bacaan Al Quran mak,baru sampai ayat 185 surah ali imran.yg berbunyi" kul lunafsin zaiqatul maut.......tiba2 mak tak boleh teruskan bacaan..mak terus menekan tombol kunci pintu bilik. Mak nagis lagi..bukan apa..mak hayati ayat itu..setiap yg bernyawe akan merasai mati....mak teringat kak long...Alhamdulillah..kak long dah selesai dah..dah tenang di sana..mak pk2 akan diri mak pula..Allah! matikan kami, keluarga kami didalam khusnul khotimah...Aku redha kepada Mu, dan Engkau Redha menerima aku.
Dlm sendu tangis dgn suara yg tersekat2,mak teruskan juge bacaan quran mak.hingga ayat yg terakhir" Wamal hayatatdunyya illamataa 'ulururr"..Allahurobbi..dunia yg menipu daya..mak sambung nagis lagi...Ya Allah,Ya Allah..DUNIA yg menipu..DUNIA yg main2, DUNIA yg tidak kekal..DUNIA yg sementare.DUNIA yg fatamorgana.DUNIA yg pinjaman.AKHIRAT yg abadan abadaa..
Perbanyakkan bekalan dan persiapan utk akhirat..
Air mata mak sekal dgn telekung yg mak pakai dan mak dah tak nagis lagi...jiwa mak tenang..ingatlah! dgn mengigati Allah jiwe kita akan tenang Along dan anak2 mak yg lain,.
Lagi dua tiga hari nak bercuti ke langkawi, sedang mak duduk di sofa..kak long datang duduk di sebalah mak lalu berkata dgn penuh kelembutan..." mak, maafkan kak long kalau kak long marah anak2 kak long, mak terasa hati." Mak tanya kak long,"mana ada kak long marah? Mak tak dengar pun?".."ada mak..sari dua ni anak2 nak meragam je..sterss kak long"...mak kate.." ala kak long budak2.memang macam tu". Kak long kata".tuu lah mak, kak long takut sangat kalau kak long tersilap didik anak2",..dua tiga kali kak long ulang2 cakapnya." Kalau mak rasa kak long tersilap didik anak2, mak tegurlah, tak pe je, kak long boleh terima".
Allah !. Itulah kak long yg kami kenali.tutur katenya sentiasa lemah lembut bila meminta maaf dan minta pendapat..
Kak long kata lagi sambil senyum terukir di bibir." Macam ne lah mak jaga lapan org, kak long baru tiga"...
Pastu mak sambung lagi."sekarang masa kecik2 ni kira senang lagi kak long.nanti kalau dah menengah lg susah..ikut pengalaman mak lah.bila mrk dah berakal dan panjang akal.Allah, masa tu lg mencabar"
" Ya mak..lagi sekarang dunia yg penuh cabaran ni, kan mak?"....mak tengok muka kak long sedih..kami bersembang lame, sambil mak memberi taps2 zikir2 dan doa2 yg perlu kita amalkan.."kepada Allah kita serahkan segale2nya kak long"mak akhiri perbualan itu.
Tetapi hari2 sebelum kak long meninggal.. org yg terjumpa kak long akan cakap muka kak long berseri2. Hingga ada yg bertanya kak long pakai prodok ape?..Allahu'alam..
Lepas solat asar petang jumaat lepas.ketika mak turun tangga..tiba2 di hidung mak terhidu haruman yg anih..mak tau dlm rmh ni tak ada sesiapa yg pakai minyak wangi seharum ini..di anak tangga terakhir mak terduduk dan menangis lg.. hati mak yakin..roh kak long balik, kak long balik ziarah anak2 nya mungkin..Allahu'aklam.
Alhamdulillah, hingga malam tadi, tidak putus2 tetamu datang ziarah.hinggakan pekerja ranovation yg baru datang kehairanan lalu bertanya kdp angah.." kak, dari pagi tadi saya tengok ramai org datang tak henti2, kenape kak?".lalu angah ceritakan kepada mereka dari A hingga Z.
Permainan kanak2 yg di bawa sebagai buah tangan sudah memenuhi ruang tamu..Allah! Murahnya rezeki anak2 ketua bidadari ni..MasyaAllah..
Mereka yg datang ziarah adalah jemaah yg pernah dengar ceramah Along di Mekah dan kenalan2 kak long yg datang dari Jaddah, DQ dan Makkah.
Semalam along kata satu bas nak datang dari Langkawi yg di ketuai oleh adik Mursyidul Am Dato"Dr Harun Din iaitu Ustazah Hajjah Jariah Din.yg kami sudah kenal dan makan bersama2 mereka semasa di Langkawi hari tu .Allah, seronoknya mak dengar....Ahlan Wasahlan ustazah..jemput2 datang.tak sabar rasanya nak jumpa kalian..
Tetamu dtg membawe 40 rahmat dan balik mengeluarkan 40 dose2 ahli rumah itu..kata arwah ayah mak..
Seminggu sebelum peristiwa itu..seorang wartawan dtg rumah nak temu ramah arwah kak long..sbb kak longlah satu2 pelajar wanita Malaysia di Ummul Qura'Mekkah...
Pagi tu arwah kak long nak masak nasik lemak utk menjamu tetamu itu..mak kata kak long masak lebih sikit.hari ni kita makan nasik lemak kak long je.mak nak pg RU Ayah di Shah Alam.."berape pot mak?".masaklah 8.rupe2 kami makan smpi malam nasik lemak kak long..licin seperiuk..kak long hepyy sangat kami suka sangat nasik lemak dan nasik kerabu yg kak long masak.." tuu kat mekah kak long malas masak nasik lemak selalu2..nnti along makan banyak, gemok.."..sambil tergelak kecil.
Minggu2 dan hari2 terakhir arwah kak long banyak bersama mak di rumah Keramat ini..
Kk long pagi2 dah menyiapkan kerja rumah seperti lipas kudung..kejap ke bawah, kejap bawe penyapu naik atas..seolah2 hari2 ada jadual kehidupannye yg tersendiri..hari2, selepas kk long ngaji, pasti kk long akan mengajar fatih mengaji pula..
Satu hari selepas kak long menggoreng keropok leko kesukaan anak2nye yg baru di bawe balik dari Kelantan.., kami bersembang2 di sofa depan ruang tamu.kk long rajin masak.lepas satu2 kak long masak utk anak2nya, sakejap keropok liko, pastu kentang gireng, pastu nagget.mak tanye kak long tak penat ke?..tak lah mak..ni budak2ni lapar sokmo, sambil tersenyum manis.tp kak long rase puas dpt layan anak2nye sendiri..
.tetiba kak long berkate." Mak!kak long nak terbitkan buku,kak long dah jumpe penerbit.klo tajuk buku tu" wanita solehah, isteri idaman.? Best tak?"..mak kate "ok lah kak long.,best, nnti org bace, org ikut, mengalir pahale kak long hingge ari Kiamat..pastu buku kedua kak long nak ambil coretan dlm blog mak tu.nnti kak long letaklah tajuk ibu mertuaku...kami gelak bersame2..mak tengok kak long suka sangat.memang blk kali ni kak long lain sangat..kak long sentiase ceria dan heppy...Gembira Kak long nak berjumpe sang penciptenye..Allahurobbi.
Along!, status dakwah arwah kak long keluar semula di wall, setelah rakan2 mayanye kongsi2 atau like.
In sya Allah.Sesungguhnye mengalirlah pahale2nya berterusan hingge kehari kiamat hendaknye. AMIINN YAA ROBB..
Walaupun tertutup, ternampak juga keayuanmu..Qurratu Ain sesejuk mata memandang..malah akhlak mu jua..kami semua menyaksikan...hingga jenazahnya pun Allah pelihara sama ada di tempat kejadian dan di hadapan khalayak ketika nak di solatkan..purdahnya berganti kapas..oh ketua Bidadari mu Along....
Ketika kami memandikannya bersama isteri pak imam langkawi..setitik darah pun tak mengalir..syukur kpd Allah yg Mak fikirkan balik, kenapa Allah pilih Kak long....Sebab Allah sayang Kak long.Dlm kereta yg kemalangan tu ramai.ada suami kak long, ada anak2 kak long dan ada dua adik iparnya.tetapi seorang pun tak cedera malah yg patah2 pun tak ada..hanya kak long seorang yg teruk dan membawa kpd kematian..
kak long Insan teristimewa yg di jemput Allah.
Syaima anaknya yg paling manja. pakai baju dan tudung pun nak sedondon dgn mamanya . seketika berteleku di tempat duduk belakang memandang wajah mamanya yg di basahi darah.jadi kami tak payah nak menerangkan apa yg berlaku, Allah tunjukkan kpdnya..dia dah faham dan sikit pun tak tanya tentang mama dia..malah dia bole bercerita lg.
Semlm pergi ziarah kuburan mamanya..baba menerangkan kesah sebenar agar mereka .boleh menerima kebenaran keadaan.
" mama tido di sini.mama tak balik lagi.jadi anak yg soleh dan solehah kalau nak jumpa mama.nanti kita akan bangun bersama mama.kita akan pimpin tangan mama ke surga.".pastu Fatih tanya.baba tangan mama mana?..babanya tunjuk di bahagian tengah diatas tanah kuburan itu..
Tak pa, mak tok, tok ayah dan ramai lg mak dan pak sedara boleh jaga kalian..kalian rezeki dan amanah yg tak ternilai dari Allah yg patut kami jaga dan sangat kami hargai...
Jagkaannya tengah hari ni kami akan terbang ke Sabah pula, rumah angah Siti Jamaliah Mat Jais utk menyambung percutian kami, setelah selesai percutian ke langkawi itu,dan terpaksa di batalkan
Ialah kita hanya merancang...tetapi ingatlah perancangan Allah yg tepat.hanya kita tidak mengetahuinya....telah memudahkan urusan semua..
K long Qurratu Ain bidadari pinjaman seketika dari Allah buat keluarga kami sbg pedoman dan teladan wanita solehah, saya yakin dia turut bersedih andai kami terus menangisi pemergiannya, doakan kami dpt usaha menjadi sepertinya, anggun wajah bidadari tiada tolok banding, namun kami hanya mampu usaha membentuk akhlak kami setanding dirinya...
Terutama mak nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada org2 Langkawi.
Kepada ustaz Haji Halim.pak imam haji Ismail dan fadziah, chu,kak zubaidah(isteri pak imam)kak mah, kak ayisah,liza dan yg lain2.tealah bersame2 memudahkan urusan penyelenggaraan jenazah..syukur kepada Allah yg menghantar org sprt mrk ini..kepada Allah sahajalah kami pulangkan segala2 ganjaran pahala yg berlipat kali ganda Yaa Rabbi..
Allahurobbi.msg misteri diri dari seorang bidadari syurge..moge Allah rahmati kak long..tenanglah kk long menunggu janjiNya surge yg abadan abadaa disane nanti ye..
Idola kak long ialah Saidatina Khadijah.
Satu malam, suaminye balik dari ceramah.kak long menyambut dgn. Muka yg berseri2.lalu bercerite dengan cerianye.kak long kate dia baru lepas bermimpi Saidatina Khadijah mengintainye di jendele tinggap sambil tersenyum kepadenye..AllahuRobbi Ya Karim..Moge roh kak long sudah terhimpun bersama rohnye Saidatina Khadijah seperti wasiatnye itu..
#mak nak tanye ni..siape idola kite pulak???
Malam tadi sahabat rapat diorg datang ziarah...tetapi sekarang ni sudah pindah ke Riyad..
Fateh, dengar Aiysah nak datang, melompat pergi mandi." Nanti Aiysah datang abang dah wangi, bau lemon"..amboii, kecik2 dah pandai ye?..
Sebelum magrib dah tunggu." Mane ni?, lambatnye".pastu baba dia kate, " lepas Isyaklah fateh , Aiysah datang"..
Aniza cerita sebelum pindah kak long bagi hadiah.Allah...itulah kak long.nak katekan semua org yg dia jumpe dia akan memberi hadiah..balik dari Kelantan pun dia bagi mak hadiah..hadiah yg org bagi kepada kak long itu, kak long bagi kepada mak bersame baju kelawar batik...adik iparnye pun dapat .tidak berkira langsong.kak long lebih kuat menjage dan mengutamakan ukhuwah sesama kekawanye dan semua org,dgn memberi mrk hadiah buat kenangan2 bila kak long tak ade nanti.
Aniza pun bercerita lg.sebelum berpisah dulu masa Aniza nak brrpindah keRiyad..dia kata "nnti datang Mekah kita boleh jumpe lah lg, mizahkan lame lagi di sini..?"..tetapi kak long lambat dan teragak2 nak menjawab "in sya Allah".mase kak long dah tak ada, maka barulah Aniza perasan. Sebb apa dia teragak2 nak jawap .mcm dia tahu dia akan pergi buat selama2nya.......
Petang semalam selepas tidur lama balik dari sekolah, Shaima' mak mandikan. Selepas mandi ambil baju di almari..tiba2 shaima' tanya yg atas sekali tempat baju siapa?".Mak tok terangkan, atas sekali tempat baju baba, pastu shaima', Solleh dan abang".
" Baju mama kat mane?", shaima' tanye.Allah, ape aku nak jawab ni..
" baju mama kat syurga, lg cantik2.. mama kat syurge.nanti kakak jadi anak solehah, boleh jumpe mama kat syurge ye?.".dengan suare serak2 basahnye..
Shaima' menjawab, "oh, nnti kakak nak jumpe mama kat surga",sambil turun tanga.
Dlm ati mak tok, budak ni tido tadi mimpi mama dia kot.
—
![]() |
Inilah wasiat Kak Long. |
Allah,itu je yg mampu rasenya..kira berdakwah juge kan?..walaupun org tak kenal kita.tp org bole dengar dakwah kita..itulah yg kami bincang2kan dgn akk long di hari2 sebelum dia pergi.
Anak2 ku,antara msg mak yg pernah mak kongsi2kan dgn Kak long,
Wanita tak suka lelaki ungkit-ungkit dan banyak cerita kisah lama. Wanita juga tak suka lelaki yang hanya cakap sahaja tapi tak buat-buat juga. Tapi ramai lelaki begini! Eh? heheh
"Carilah kebahagiaan hidup dengan mencari kasih sayang Allah SWT maka kita akan mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat"
"Bina sifat memaafkan, menghargai, kasih mengasihi dan hanya marah jika ianya melanggar perintah Allah SWT"
Didik lah hati dengan keikhlasan dan kesabaran...
Hati itu terlalu sensitif dan sukar dijaga... Sirami hati mu dengan zikrullah...
"orang yang benar-benar hebat tidak bergantung kepada penghargaaan manusia. Mereka sibuk memikirkan bagaimana cara memberi manfaat"
Ya Allah,Kuatkanlah smangat ku dan kuatkan la
hatiku,agar aku bisa tempuhi liku2 Kehidupan mu
ini...walaupun cobaan mu ini amat
menyakitkan,akan ku cuba harungi smuanya dgan
sabar...tolong bagi aku kekuatan ya allah...Amin.....
5 Perkara Sedang Menunggu Kita Semua...
1. Malaikat Maut Nak Ambil Nyawa Kita.
2. Tukang Mandi Nak Mandi Dan Kafankan Kita.
3. Malaikat Munkar Nakir Nak Soal Kita.
4. Kubur Nak Kepit Kita.
5. Waris Nak Bahagikan Harta Kita.
isteri idaman suami.
- lemah lembut.
- kasih sayang.
- manja.
- hantar suami sampai depan pintu.
- sambut dan pakai wangi2 masa suami balik.
- mandikan suami setiap hari.
- bangun tidur terus minta maaf dengan suami.
- pakai make up dalam rumah untuk suami saja.
- dengar cakap suami walaupun kadang kala dia berleter.
10 KELEBIHAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT
1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas dan otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah,
warahmah)
5. Di padang Masyhar tidak kepanasan malah sebaliknya
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7.Doanya sering di kabulkan
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak (baik).
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Dipermudahkan meniti titian sirat.
>> Al-Imam Ibnu Hajar Al- Asqalani <<
Wanita akan lebih berhati-hati selepas dikhianati.. Namun hati-hati wahai wanita, jangan sehingga anda juga rasa curiga kepada pasangan yang ikhlas dan mencuba yang terbaik untuk jadikan dirimu isteri, sehingga si lelaki rasa penat terhadap tindakan anda yang banyak mengujinya dengan alasan dirimu pernah dikhianati dahulu. Sehingga si lelaki juga rasa sangsi adakah wanita ini bersungguh inginkannya juga kerana sikapmu yang tak ambil peduli kepada lelaki itu dengan alasan anda pernah dikhianati.
Sebab memang ramai lelaki tak baik, tetapi jika anda tersilap mengabaikan yang ikhlas denganmu sekarang ini, pasti anda sudah hilangkan peluang dicintai oleh lelaki yang baik.
doa lembut Hati Isteri
Soalan:
Apakah doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati isteri yang keras?
Jawapan: Orang perempuan ni memanglah yang ramainya macam tu lah, nampak jer badan dia lembut, tapi hatinya keras. Orang lelaki pulak, walaupun badannya keras tapi hatinya pulak lembut...Boleh baca sebarang doa, dalam bahasa Melayu pun tak apa, umpamanya: "Ya Allah, lembutkanlah hati isteriku sebagaimana Kamu lembutkan besi buat nabi Daud.
Ummi Nafishah Shahar
08/11/2013 10.14 ptg
Ummi Nafishah Shahar
nasehat2 ni emak buat peringatan yg emak ambil dl laman fb org..bg emak sgt bergune.utk menguatkan semangat emak..
emak masuk dlm blog emak.klo ade mase mak suke bace ulang.
9hb November 2013
Qurratu Ain
09/11/2013 7.50 pagi
Qurratu Ain
Mak..trm kasih byk2 ats nasihat2 n kata2 semangt mak pd kk long...kk long rs kuat skit skrg..insyaALLAH mg2 dgn berkat doa mak kk long jd kuat n tabah serta jadi isteri yg solehah dunia akhirat..aminn;)
09/11/2013 8.36 pagi
Ummi Nafishah Shahar
Amiin yaa robb..rindu kalian semua..
Wanita tak suka lelaki ungkit-ungkit dan banyak cerita kisah lama. Wanita juga tak suka lelaki yang hanya cakap sahaja tapi tak buat-buat juga. Tapi ramai lelaki begini! Eh? heheh
"Carilah kebahagiaan hidup dengan mencari kasih sayang Allah SWT maka kita akan mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat"
"Bina sifat memaafkan, menghargai, kasih mengasihi dan hanya marah jika ianya melanggar perintah Allah SWT"
Didik lah hati dengan keikhlasan dan kesabaran...
Hati itu terlalu sensitif dan sukar dijaga... Sirami hati mu dengan zikrullah...
"orang yang benar-benar hebat tidak bergantung kepada penghargaaan manusia. Mereka sibuk memikirkan bagaimana cara memberi manfaat"
Ya Allah,Kuatkanlah smangat ku dan kuatkan la
hatiku,agar aku bisa tempuhi liku2 Kehidupan mu
ini...walaupun cobaan mu ini amat
menyakitkan,akan ku cuba harungi smuanya dgan
sabar...tolong bagi aku kekuatan ya allah...Amin.....
5 Perkara Sedang Menunggu Kita Semua...
1. Malaikat Maut Nak Ambil Nyawa Kita.
2. Tukang Mandi Nak Mandi Dan Kafankan Kita.
3. Malaikat Munkar Nakir Nak Soal Kita.
4. Kubur Nak Kepit Kita.
5. Waris Nak Bahagikan Harta Kita.
isteri idaman suami.
- lemah lembut.
- kasih sayang.
- manja.
- hantar suami sampai depan pintu.
- sambut dan pakai wangi2 masa suami balik.
- mandikan suami setiap hari.
- bangun tidur terus minta maaf dengan suami.
- pakai make up dalam rumah untuk suami saja.
- dengar cakap suami walaupun kadang kala dia berleter.
10 KELEBIHAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT
1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas dan otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah,
warahmah)
5. Di padang Masyhar tidak kepanasan malah sebaliknya
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7.Doanya sering di kabulkan
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak (baik).
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Dipermudahkan meniti titian sirat.
>> Al-Imam Ibnu Hajar Al- Asqalani <<
Wanita akan lebih berhati-hati selepas dikhianati.. Namun hati-hati wahai wanita, jangan sehingga anda juga rasa curiga kepada pasangan yang ikhlas dan mencuba yang terbaik untuk jadikan dirimu isteri, sehingga si lelaki rasa penat terhadap tindakan anda yang banyak mengujinya dengan alasan dirimu pernah dikhianati dahulu. Sehingga si lelaki juga rasa sangsi adakah wanita ini bersungguh inginkannya juga kerana sikapmu yang tak ambil peduli kepada lelaki itu dengan alasan anda pernah dikhianati.
Sebab memang ramai lelaki tak baik, tetapi jika anda tersilap mengabaikan yang ikhlas denganmu sekarang ini, pasti anda sudah hilangkan peluang dicintai oleh lelaki yang baik.
doa lembut Hati Isteri
Soalan:
Apakah doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati isteri yang keras?
Jawapan: Orang perempuan ni memanglah yang ramainya macam tu lah, nampak jer badan dia lembut, tapi hatinya keras. Orang lelaki pulak, walaupun badannya keras tapi hatinya pulak lembut...Boleh baca sebarang doa, dalam bahasa Melayu pun tak apa, umpamanya: "Ya Allah, lembutkanlah hati isteriku sebagaimana Kamu lembutkan besi buat nabi Daud.
Ummi Nafishah Shahar
08/11/2013 10.14 ptg
Ummi Nafishah Shahar
nasehat2 ni emak buat peringatan yg emak ambil dl laman fb org..bg emak sgt bergune.utk menguatkan semangat emak..
emak masuk dlm blog emak.klo ade mase mak suke bace ulang.
9hb November 2013
Qurratu Ain
09/11/2013 7.50 pagi
Qurratu Ain
Mak..trm kasih byk2 ats nasihat2 n kata2 semangt mak pd kk long...kk long rs kuat skit skrg..insyaALLAH mg2 dgn berkat doa mak kk long jd kuat n tabah serta jadi isteri yg solehah dunia akhirat..aminn;)
09/11/2013 8.36 pagi
Ummi Nafishah Shahar
Amiin yaa robb..rindu kalian semua..
Suka · Komen · Kongsi
Copy paste..msg WhatsaAp dari adik ipar arwah kak long yg nak mak kongsi2kan pg ni..
8thun kebelakangan ni k long byk dgn famili kite, kite kenal hati budi keikhlasan dia dlm berkeluarga, di mulutnya tidak lengkang menyebut masyaAllah..subhanallah,Alhamdulillah, ya Allah dll..kdg2 hati jahat terdetik juga hasad, ya Allah ampunkan kami, semua cukup buat k long xpernah merungut n membantah, byk meminta maaf walaupun xde salah, k long ujian terbesar buat keluarga kita, ujian, kerana kite x sebaik die, mmg k long tiada pengganti di hati2 kita, k long pergi tiba2 mmg menyakitkan, tpi kesannya mendalam utk kita semua sedar, agar menjadi seperti dia, insyaAllah...lebih menghargai org y ada di sekeliling kita, k long,abg afiq, abg zul, us zahid, ann n mizah mereka y istimewa Allah beri utk bersama2 keluarga kita...mari kita hargai mereka yg ada supaya menjadi lebih baik, k long da rehat dari kesusahan dunia y x pernah putus, redhalah hati2 menerima semua ini..😥(dari jauh dan x dpt bersama menghadapi ujian hebat ini, tpi hati sentiasa di sana mendoakan tanpa henti buat along,fateh, syaima n soleh)
Copy paste..msg WhatsaAp dari adik ipar arwah kak long yg nak mak kongsi2kan pg ni..
8thun kebelakangan ni k long byk dgn famili kite, kite kenal hati budi keikhlasan dia dlm berkeluarga, di mulutnya tidak lengkang menyebut masyaAllah..subhanallah,Alhamdulillah, ya Allah dll..kdg2 hati jahat terdetik juga hasad, ya Allah ampunkan kami, semua cukup buat k long xpernah merungut n membantah, byk meminta maaf walaupun xde salah, k long ujian terbesar buat keluarga kita, ujian, kerana kite x sebaik die, mmg k long tiada pengganti di hati2 kita, k long pergi tiba2 mmg menyakitkan, tpi kesannya mendalam utk kita semua sedar, agar menjadi seperti dia, insyaAllah...lebih menghargai org y ada di sekeliling kita, k long,abg afiq, abg zul, us zahid, ann n mizah mereka y istimewa Allah beri utk bersama2 keluarga kita...mari kita hargai mereka yg ada supaya menjadi lebih baik, k long da rehat dari kesusahan dunia y x pernah putus, redhalah hati2 menerima semua ini..😥(dari jauh dan x dpt bersama menghadapi ujian hebat ini, tpi hati sentiasa di sana mendoakan tanpa henti buat along,fateh, syaima n soleh)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan