Jumaat, 23 September 2016

Kesah #budakkopi



Bismillah hirrahmaanir rahim..
Budak kopi.
Hari ni mak nak cerita budak kopi.dari sehari ke sehari mak nak menulis kesah budak kopi ni.tetapi baru sekarang ada kesampaian.
Sebelum ni,selain belajar, Muiz bekerja dengan abang iparnya.Abang iparnya sangup berenti kerja,semata2 hedak jalankan bisnes budakkopi,dia nampak bisnes ni boleh pergi lebih jauh..tapi bernekat kalau dapat 41 dia nak terima tawaran tu,sebelum ni dia 17 jer.sapa sangka rezeki dia kat situ.Alhamdulillah.selamat bertugas di tempat baru di ucapkan kepada Afiq Basiron(menantu).
 Apabila abang iparnya mulakan tugasnya ke Sandakan,mak tenguk Muis down. kami berbincang utk menolong Muiz,dan budakkopi tak boleh lenyap begitu saje.
budakkopi kena di teruskan..budakkopi kena di selamatkan.Kalau tidak??, sebab kami sayangkan  budakkopi,dia dah terkenal dan sudah ada nama..tak pa, demi budak kopi kami cuba sedaya upaya.
Jadi sekarang kami beroperasi di Keramat pula, dengan bergotong royong menghidupkan budak kopi semula.Alhamdulillah,budak kopi berjalan seperti biasa,lagi2 org kuat budak kopi tak ikut suaminya ke Sandakan. Jadi angah lah jadi penasehat budak kopi.
  Satu hari kami menghabiskan sekurangnya 16 buku roti gardinia utk membuat sandwic, dengan memakai apron budak kopi Muiz dan  kawan2nya Amzar, Boy dan Alep dan Iqbal n the geng budak Selayang  menjual ke kereta2 apabila lampu isyarat berwarna merah.seronk mereka berniaga,rezeki sama2 di kongsi...kongsi makan..
  Hati kami merasa puas dan gembira,sebab dapat menolong org  ramai mendapatkan sarapan yg berkasiat sebelum  melangkah ke pejabat atau memulakan hari  mereka dengan perut yg sudah di lapik dan di isi.
  Alhmdulillah,tindak balas yang kami terima, sangat mengalakkan.mrk yang lalu memberi peransang dan menjadikan kami bertambah semangat utk meneruskannya.dengan membunyikan hon dan membuat tanda good dgn jari mereka.kata Muiz sambil tersenyum puas...
"kak nak adik berada di sini selama2nya.",yg lain pulak kata,".kakak dah tak sakit perut lagi,sbb tiap2 pagi  dah dapat sarapan.".yg lain pulak cakap "adik sudah tolong akak menurunkan berat badan.kakak sudah kurus dan dapat diet".balik saja dari niaga budakkopi.Muiz akan cerita kat mak.macam nak nagis mak dengar...kita kene membantu merengankan atau menyenangkan org lain.baru hidup kita bermakna dan bernilai.tetapi yg penting ikhlaskan diri kerana Allah Ta"ala..
  Sekarang kami sudah menambah menu2 lain untuk mrk, agar mereka tak merasa jemu.jikalau mereka sudah jemu sandwich mereka boleh pilih nasi lemak,naget dan kepala roti kering pun ada.boleh lah mereka makan kepala roti kering tu dan mencicahnya dgn air kopi yg budak kopi jual tu. mak tak tau kepala roti tu nak baut apa . dari pada terbuang, sebelom ni, mak akan sedekahkan kat surau depan rmh  ni.banyak juga lah.jadi mana2 jemaah yg teringin, mrk ambillah,.kami cuba juga buat puding roti tapi tak jalan.puas kami fikir nak baut apalah kepala2 roti yg boleh tahan banyaknya itu
 Baru2 ni mak dapat satu idea.jadi mak jemur kepala roti tu kering2,mak sapu planta dan taburkan gula di atasnya, pastu mak bakar,sedap,sunguh rangup, .mak suruh muiz jual 3 keping Rm1.mula2 tu, mak ingat tak laku.tetapi,Alhamdulillah org suka rupa2nya.cepat je abisnya.anak dan cucu2 pun suka.buat minum2 petang.
  Seawal 4 pagi mak sudah bangun.untuk menyedaikankan barang jualan budak kopi.
mak bungkus nasi lemak dan panaskan kopi.dan mengoreng naget.
Sebelum subuh barang2 jualan sudah tersedia di depan pintu rumah..selapas solat subuh berjemaah ,Muiz akan menyunsun kedalam unser dan terus bawa ke Gombak dan cawangannya di Selayang.
 Pukul 10 pagi Muiz dah sampai kerumah.jarang hasil jualannya tak habis di jual.Alhamdulillah,rezeki dari Allah.moga rezeki  ada keberkatanNYA.
Keluarga kita pun ramai yg berniaga macam ni.ia kan sunnah nabi,99% rezeki yg berkat dari perniagaan, nabi kata.itu janjiNYA.
Sekarang zaman kita menyimpan, bukan zaman kita berbelanja..simpan dan tangguhkan keinginan kita dulu.itu semua nafsu semata.kita boleh beli apa saja, kalau kita sudah kaya..in sya Allah. yg penting ada keberkatanNYA.
 Seperti  mana kita mengerjakan solat fardhu setiap waktu, kehidupan ini juga perlu di susun dan dirancang, usaha itu perlu,bemula dari bawah.kesenang tu bukan hanya duduk mengoyang2kan kaki sahaja.pepatah ada mengatakan.bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian.
Mak tengok,muiz pada kecil memang suka berniaga.jadi apa lagi, mak cuba dan cuma menolaongnya..
Budak2 biasalah,kalau mak dan keluarga tak beri semangat sapa lagi,, kan? bergigih demi anak2. Kalau ikutkan gaji ayah  yg berjawatan grad...,in sya Allah,cukup untuk menyara anak2nya, tapi sampai bila? lagi pun itu duit ayah..mungkin kita malu nak memintanya sebb kita dah dewasa.ayah selalu pesan."kalau kita tak nak menyenangkan org tua,jangan kita menyusahkan mereka"..anak2 dikaulah sahut cabaran ini..jadilah anak yg soleh,tak derhaka kepad org tu.anak2 perlu besusah2 dahulu agar nnti dapat bersenang2 kemudian..itu pesan Emak.
SEMOGA BUDAK KOPI TERUS SEHAT DAN BERISTIQAMAH.
SEKIAN..

Tiada ulasan: