Rabu, 17 April 2019

1.4.2019

Ulangtahun perkawinan kami yang ke 35.
Syukur.Alhamdulillah. 

Selasa, 3 April 2018

Karangan ulang tahun yang ke 34 kami.

   




     Karangan ulang tahun yang ke 34 tahun. Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yg telah menjadikan sekelian alam dan seisinya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Kita Muhammad S.A.W. 
Syukur ke atas nikmat yang melimpah ruah dan tidak terhingga banyaknya. 

lamanya mak tak buka blog ni...Alhamdulillah masih wujud lagi ia di sini...

   Memang sejak ayah pencen ni mak bertambah sebuk.ayah pencen,mak rase mak pula yg mula kerja dan segala jadual hidup dah berubah.bukan kerja apalah,tapi jawatan p.a sepenuh masa..dulu selepas anak yg bongsu masuk asrama , dan ayah masih berkerja mak banyak rehat.jadi sekarang, kehidupan kami semakin banyak bersama.dan sepenuh masa akan menjalankan amanah yg di beri.masak memasaklah,dll.itu tak boleh di abaikan.
Anak2 semua sudah besar,sebahagiannya sudah ada kehidupan sendiri. 
   
Apa nak cerita ek?

      Selama 34 tahun ni telah banyak masaalah dan ujian yang kami hadapi.lagi akhir2 ni.macam2 masalah yg timbul.selepas arwah kak long pergi.kehidupan kami statik je.hidup di atas dunia ni memang ada masaalah, masaalah itu di namakan ujian.Ujian ni sebenarnya menunjukkan Allah sayang kita..Allah nak melihat kita sentiasa merintih2 kepadanya,meminta2 kepadaNya.Allah suka kepada hambanya yang sentiase meminta2 kepadaNya,mengharap padaNya.tidak seperti manusia.lain sangat. manusia tak suka kalau kita suka meminta2..benci je tengok muka kita. Orang di luar sana tak tahu masaalah kita.mereka tengok kita bahagia kita heppy.oklah, tuukan?,tapi takkan kita nak cerita dengan mereka? memang kadang masaalah itu menyakitkan dan mengsensarakan hidup..Allah uji kita, sabab kita mampu,ingat tu!.REDHA Dan SABAR,semua sudah tertulis..mohon doa banyak2...


    Dulu mak ,mak selalu pesan,apa2 masaalah rumahtangga jangan cerita dangan orang,mengadu terus dangan Allah.kadang2 kita cerita dengan orang lagi mengeruhkan keadaan.hatta dengan mak sendiri pun,JANGAN. mak sentiase ingat pesanan atok kamu tuu.
  Dulu mak jauh dangan keluarga.jauh tak jauhlah,kami kat Ulu,keluarga kat Kuala je.tapi jarang balik.ayah kerja sorang.mak suri rumah je,nak telifon mak pun takut, bil banyak..jadi mak pegang kata2 azimat atok tu, mak set dlm hati dan diri.malam2, mengadu dengan Allah.Atok pesan banyakkan mengaji,hati gundah gulana dan resah? ambilk alQuarn, baca,jadikan ia penghibur.
  In sya Allah hati jadi tenang semula.lagi malam jumaat,malam sepanjang Rhamadhan mak memang tak lepaskan peluang keemasan  itu,,sentiasa mohon doa,munajjat ,atas diri mak, keluarga dan segala apa yang mak inginkan.istiqomah,istiqomah memang susah,tapi bila kita kuat kita boleh,kita boleh buat,dan akhirnya, bila kita tak buat, kita jadi resah dan menyesal..dan rasa sedih.Allah tak sayang aku lagi kee?dalam hati mak berkata2 dan  selalu ingat macam tuu..tapi pastikan doakan juga minta Allah kuatkan dan memudahkan aku didalam beristiqomah mengerjakan segala amal kebaikkan.jangan lupa tu.bila kita sudah berdoa dan mengharap kepada Allah beratus2 kali tak kan lah Allah tak dengar permintaan kita,yakin seyakin2nyalah,kalau Allah tak bagi pun kita tahu segalanya dari Dia.adalahlah khikmah yang kita tak tahu,segala2nya kita pulangkan kepadaNya.berserah dan terima sahajalah ketentuannya..jadi hati kita akan senang dan muka kita akan tenang.in sya ALLAH.

  Setiap orang ada masaalah dan sepanjang hidup ada masaalah,atasi masaalah dgn tenang jangan stress,dulu2 masa mak ada masaalah mak akan tulis dan luahkan di dayri.mak tulis apa masalah mak,apa yg tak puas hati mak akan coritkan di situ,Alhamdulillah, Allah beri iedia macam tu,tak de sapa yg ajar pun.mak nak marah ayah ke ape ke,ape ke, segalalanya mak luahkan di situ..hati mak jadi tenang lepas tu,yang kelakarnya bila baca balik,tergelak sendiri.itulah resepi hidup tenang mak.sampai sekarang masih tersimpan baik dayri itu.selain surat2 yg pernah kami tulis di masa kami pernah berjauhan dulu.simpan utk jadi harta pusaka kot.huhuhuh. Allahurabbi.
  
    Masa terus berlalu,tahun demi tahun,Allah,sekejap rasanya.kadang2 kami dah lupa macam mane kehidupan yg kami laluai dahulu,rasa tak da apa2 yg istimewa...tapi bila melihat kehidupan anak2 kami sekarang ni rasa cuak juga.dgn masalah kehidupan dan bebanan mereka.Bolehkah mereka? dangan macam2 pengaruh dan ape2 yg melanda dunia zaman2 akhir ni,seperti kos sara hidup yg tinggi,terpengaruh alat midia masa,FB dan Whattsup yg melalaikan.pergerakkan masa yg terlalu laju lagi pantas..Anak2 yg bersain sesama mrk. Allah, mencabar betol rasanya.kesian. Menjadikan mereka telalai dan terus terleka dan mengabaikan tanggungjawab.lalu menakutkan kami sebenarnya.Nauzubillah..zaman dulu kami tak de semua tuu..


   Masa anak2 kecil2,lain masaalahnya,masa dah remaja lain masaalahnya. masa dah berumahtangga lagi lain masaalahnya..org dulu2 pandai berdikari,walaupun mereka tidak tunjukkan kasih sayang mereka.mereka di ajar susah2 dulu,tetapi anak2 sekarang lain.kebanyakkan ibu bapa masih susah nak melepaskan, tidak percaya  dan risau akan kehidupan anak2 mereka setelah berumahtangga,boleh berdikari ketidak?nak tolong fikirkan masaalah anak pulak...huhuu..tak de keje kot.jadi kita doakan ajelah.segala2nya datang dari Allah kan?jadi kita mohonlah kepadaNya agar Ia memberi jalan kebahagian kepada kita dan selesaikan segala urusan hidup kita dengan Allah dan lagi2 dengan manusia sebelum kita menutup mata dan sebelum kita kembali ke alam nyata.. 

   Emmmmm,tak tahu nak tulis apa lagi.Jadi Emak dgn ayah hanya dapat mendoakan sahaja agar kehidupan anak2 sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Ta'alalah sahaja.   

   Sekian coretan mak kali ni..sikit je. yg penting ada,buat tatapan anak2 dan cucu2 yg di kasihi. Kami sayang anak2 menantu2 dan cucu2 kami.doakan kami agar terus bahagia hingga ke SURGA.kami juga sentiase mendoakan kalian..
Amiinnn Yaaa Rabbal'alamin..

Jumaat, 23 September 2016

Kesah #budakkopi



Bismillah hirrahmaanir rahim..
Budak kopi.
Hari ni mak nak cerita budak kopi.dari sehari ke sehari mak nak menulis kesah budak kopi ni.tetapi baru sekarang ada kesampaian.
Sebelum ni,selain belajar, Muiz bekerja dengan abang iparnya.Abang iparnya sangup berenti kerja,semata2 hedak jalankan bisnes budakkopi,dia nampak bisnes ni boleh pergi lebih jauh..tapi bernekat kalau dapat 41 dia nak terima tawaran tu,sebelum ni dia 17 jer.sapa sangka rezeki dia kat situ.Alhamdulillah.selamat bertugas di tempat baru di ucapkan kepada Afiq Basiron(menantu).
 Apabila abang iparnya mulakan tugasnya ke Sandakan,mak tenguk Muis down. kami berbincang utk menolong Muiz,dan budakkopi tak boleh lenyap begitu saje.
budakkopi kena di teruskan..budakkopi kena di selamatkan.Kalau tidak??, sebab kami sayangkan  budakkopi,dia dah terkenal dan sudah ada nama..tak pa, demi budak kopi kami cuba sedaya upaya.
Jadi sekarang kami beroperasi di Keramat pula, dengan bergotong royong menghidupkan budak kopi semula.Alhamdulillah,budak kopi berjalan seperti biasa,lagi2 org kuat budak kopi tak ikut suaminya ke Sandakan. Jadi angah lah jadi penasehat budak kopi.
  Satu hari kami menghabiskan sekurangnya 16 buku roti gardinia utk membuat sandwic, dengan memakai apron budak kopi Muiz dan  kawan2nya Amzar, Boy dan Alep dan Iqbal n the geng budak Selayang  menjual ke kereta2 apabila lampu isyarat berwarna merah.seronk mereka berniaga,rezeki sama2 di kongsi...kongsi makan..
  Hati kami merasa puas dan gembira,sebab dapat menolong org  ramai mendapatkan sarapan yg berkasiat sebelum  melangkah ke pejabat atau memulakan hari  mereka dengan perut yg sudah di lapik dan di isi.
  Alhmdulillah,tindak balas yang kami terima, sangat mengalakkan.mrk yang lalu memberi peransang dan menjadikan kami bertambah semangat utk meneruskannya.dengan membunyikan hon dan membuat tanda good dgn jari mereka.kata Muiz sambil tersenyum puas...
"kak nak adik berada di sini selama2nya.",yg lain pulak kata,".kakak dah tak sakit perut lagi,sbb tiap2 pagi  dah dapat sarapan.".yg lain pulak cakap "adik sudah tolong akak menurunkan berat badan.kakak sudah kurus dan dapat diet".balik saja dari niaga budakkopi.Muiz akan cerita kat mak.macam nak nagis mak dengar...kita kene membantu merengankan atau menyenangkan org lain.baru hidup kita bermakna dan bernilai.tetapi yg penting ikhlaskan diri kerana Allah Ta"ala..
  Sekarang kami sudah menambah menu2 lain untuk mrk, agar mereka tak merasa jemu.jikalau mereka sudah jemu sandwich mereka boleh pilih nasi lemak,naget dan kepala roti kering pun ada.boleh lah mereka makan kepala roti kering tu dan mencicahnya dgn air kopi yg budak kopi jual tu. mak tak tau kepala roti tu nak baut apa . dari pada terbuang, sebelom ni, mak akan sedekahkan kat surau depan rmh  ni.banyak juga lah.jadi mana2 jemaah yg teringin, mrk ambillah,.kami cuba juga buat puding roti tapi tak jalan.puas kami fikir nak baut apalah kepala2 roti yg boleh tahan banyaknya itu
 Baru2 ni mak dapat satu idea.jadi mak jemur kepala roti tu kering2,mak sapu planta dan taburkan gula di atasnya, pastu mak bakar,sedap,sunguh rangup, .mak suruh muiz jual 3 keping Rm1.mula2 tu, mak ingat tak laku.tetapi,Alhamdulillah org suka rupa2nya.cepat je abisnya.anak dan cucu2 pun suka.buat minum2 petang.
  Seawal 4 pagi mak sudah bangun.untuk menyedaikankan barang jualan budak kopi.
mak bungkus nasi lemak dan panaskan kopi.dan mengoreng naget.
Sebelum subuh barang2 jualan sudah tersedia di depan pintu rumah..selapas solat subuh berjemaah ,Muiz akan menyunsun kedalam unser dan terus bawa ke Gombak dan cawangannya di Selayang.
 Pukul 10 pagi Muiz dah sampai kerumah.jarang hasil jualannya tak habis di jual.Alhamdulillah,rezeki dari Allah.moga rezeki  ada keberkatanNYA.
Keluarga kita pun ramai yg berniaga macam ni.ia kan sunnah nabi,99% rezeki yg berkat dari perniagaan, nabi kata.itu janjiNYA.
Sekarang zaman kita menyimpan, bukan zaman kita berbelanja..simpan dan tangguhkan keinginan kita dulu.itu semua nafsu semata.kita boleh beli apa saja, kalau kita sudah kaya..in sya Allah. yg penting ada keberkatanNYA.
 Seperti  mana kita mengerjakan solat fardhu setiap waktu, kehidupan ini juga perlu di susun dan dirancang, usaha itu perlu,bemula dari bawah.kesenang tu bukan hanya duduk mengoyang2kan kaki sahaja.pepatah ada mengatakan.bersusah2 dahulu dan bersenang2 kemudian.
Mak tengok,muiz pada kecil memang suka berniaga.jadi apa lagi, mak cuba dan cuma menolaongnya..
Budak2 biasalah,kalau mak dan keluarga tak beri semangat sapa lagi,, kan? bergigih demi anak2. Kalau ikutkan gaji ayah  yg berjawatan grad...,in sya Allah,cukup untuk menyara anak2nya, tapi sampai bila? lagi pun itu duit ayah..mungkin kita malu nak memintanya sebb kita dah dewasa.ayah selalu pesan."kalau kita tak nak menyenangkan org tua,jangan kita menyusahkan mereka"..anak2 dikaulah sahut cabaran ini..jadilah anak yg soleh,tak derhaka kepad org tu.anak2 perlu besusah2 dahulu agar nnti dapat bersenang2 kemudian..itu pesan Emak.
SEMOGA BUDAK KOPI TERUS SEHAT DAN BERISTIQAMAH.
SEKIAN..

Rabu, 30 Mac 2016

Catitan Ulang tahun perkawinan yg 32 tahun..

ALHAMDULILLAH.,
  Hari ini, genap 32 tahun kami melayari bahtera perkawinan.Syukur yg tak terhingga kepada Allah yg telah memberi segala nikmatNya ini.
  Tahun lepas mak tak sempat atau rasa malas nak mencoretkan apa2 pun.kebetulan tahun lepas ada sejarah yang telah berlaku di dalam keluarga kita.iaitu peristiwa yang tidak di duga sama sekali, akan kembalinya seorang dari ahli keluarga kepada penciptanya.
  Al Fatehah, buat arwah kak long Nurhamizah Bt. mohd sharif, dengan rasa sedih dan Redha, kami pulangkan segala2nya kepada Allah yang maha kuasa,yang amat mengetahui akan segala rahsia yg berlaku.Tenanglah kak long di alam sana.
  Terharu?, ye!terharu sangat, usia perkawinan  sampai ke tahap ini.di kurniakan anak seramai 8 org, 6 yg sudah lepas berumahtangga,hanya tinggal sepasang je lagi yang belum berumah tangga.Mudah2an mereka berdua di temukan jodoh yg soleh dan solehah.
 Banyaknya ranjau dan rentangan yang kami lalui ketika melayari bahtera rumahtangga ini hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Allahurabbi, Ye! Allah, tuhan kita,pencipta sekelian 'Alam, Dia amat mengetahui apa yg ada di dalam bumi dan di luar bumi, apa yg tersirat dalam hati dan apa yg ada di luar hati.
  Bagi mak 32 tahun, bukanlah jangka masa yg sekejap, membena rumahtangga bukan seperti kita membena objek yg tidak bernyawa.ia kaku,dia tak berperasaan.tetapi dalam membena rumah tangga kita membina hati2 yg berperasaan.hati suami atau isteri sentiasa nak di jaga, hati anak2 lagi perlu nak di jaga. kalau anak 8 org ,maknanya 8 hatilah yg perlu di jaga, macam2 ragam.ada yg suka di tegur,ada yg marah bila di tegur,ada yg memendam rasa dan ada yg berterus terang.semua itu mak kena tahu dan selidik satu persatu, selain dari makan minum dan pakai.
  Pulangkan kepada Allah jua,apa2 ganjarannya.Masa itu, sikit pun tidak terfikir apa jua balasan yg anak2 akan berikan.kita bukan menanam pokok kelapa sawet yg satu hari kita akan mendapakan hasilnya.Apa yg mak sentiasa fikirkan sepanjang waktu agar anak2 menjadi manusia yg sempurna dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah, sentiasa berbakti kepada masyarakat dan keluarga.Amiinn.
   Bayangkan didalam usia mak akhir belasan tahun sudah mempunyai 3 org nak.Along,angah dan Dik lah(kembar), hanya pasrah dengan kehidupan yang telah di aturkan.Berbekalkan ilmu yg sedikit sangat.sama ada ilmu rumah tangga dan segala2 ilmu.Tapi dengan kesedaran itu mak berubah dan berusaha menimba ilmu dangan banyakkan membaca dan menanya org yg lebih berpengalaman,seperti mak2 , atok2 saudara dan lain2.,ilmu ni lagi kita belajar, lagi banyak yg kita  tak tahu.kata arwah ayah mak.
  Mak bernikad mencari ilmu agama, ilmu berumahtangga, ilmu masak memasak dan ilmu kekemasan rumah.
  Hati emak mana  yang tidak rasa gembira apabila dapat mengembirakan hati ahli keluarganya? Terbayang wajah2 ketenangan suami dan anak2 pabila meraka  pulang dari pejabat dan sekolah.berada didalam kehidupan keluarga yang teratur. bersama bergelak ketawa   bersenda.
 Bagi mak bekerja sebagai suri rumah adalah perkerjaan yg sangat mengembirakan.tak ada rasa terpaksa.segala perkerjaan dilakukan atas dasar hobi. itulah org tua mak yang ajar.keikhlasan amat penting, jangan ada rasa tertekan, selalu berkata kepada hati, tak pe ini je rezeki aku. Allah dah aturkan segala2nya,terima ajalah.redha aje lah..itu cara mak pujuk dan pupuk  hati mak.cara mak lah.org lain tak tahu lah mak, macam ne?.mak buat je yg terbaik,suami balik,  layan,tanya dah makan ke  belum?,sudah makan apa?. waktu2 makan, bagi anak2 makan,kekemasan rumah sangat perlu di jaga.
 Start bangun pagi mak sudah siapkan segalanya dari sarapan,makan tengah hari dan malam, sambil mengambil anak pulang dan pergi sekolah.mana ada bibik.kami jarang makan di luar.bila berjalan dan bercuti pun mak akan mengangkut periuk nasi,masak sendiri.anak ramai,masak sendirilah, muai kata orang,anak kenyang.lagi anak2 sedang membesar.kelaparan memanjang. tapi di situ, hati mak rasa satu kepuasan.dapat menjimatkan belanja.sebelum pergi bercuti mak sudah senarai panjangkan apa yg perlu di buat dan di bawak.supaya apa?
  Supaya tak kena bebel dan marah dengan ayah kamu.kalau dah kene marah dan bebel, terbantut mood nak bercuti.kan?, tetapi bagi mak senang je cara nak mengatasinya,SENYAP.jangan menyahut,banyakkan bersabar dan jangan menjawab.lagi2 kalau kita akui kesilapan kita,lagi dia suka.maklumlah kita kan da penat,lagi kene bebel,bertambah penat jadinya,itulah salah satu kunci kebahagiaan rumahtangga mak yg terbena hingga sekarang.ambillah ia sebagai perkara remeh yang mematangkan kita.tak susah pun hanya tahan diri dengan sabar je.kita tak jawab sebab tak nak bergaduh di depan anak2.masa ini anak akan memjadikan kita contoh ikutan mereka.ingat tu.
 Kadang2 tu, mak pulak yg membebel2,ayah pulak yg diam..dalam alam rumah tangga kena ada sefahaman dan bertolak ansur.jangan rasa diri kita aja yg lebih baik dan betol.banyakkan mengalah.ingat! kita sentiasa ada membuat silap dan salah.
  Kalau pasangan kita tak suka kita lakukan sesuatu perkara itu,maka janganlah kita lakukan.senangkan?ikut dan taat itu lagi penting,  selagi  ia tidak melanggar syarak.tak susahkan?. ini pun salah satu perkara yg menjamin untuk kita mencapai kebahagiaan.mula kawen dulu,mak rasa tak boleh terima juga sebab asyik kena arah je.tetapi bila mak fikir2kan balik,seronok pula kena arah2 ni,ketika itu baru mak rasa, diri ini amat di perlukan,mak tak rasa terpaksa.mak tak tunjukkan memek muka tak puas hati,jika itu terjadi, maka teserlah ketidak ikhlasan kita di situ.pujuk hati supaya setiasa taat kepadanya,rupa2nya ada hikhmah yang tersembunyi di situ.iaitu suami akan semakin sayang dan cinta kepada kita.walaupun si dia tidak tunjuk dan meluahkannya,tetapi kita tahu dan merasainya.
 Jarak 11 tahun dengan ayah menjadikan mak lebih cepat matang.di kurniakan anak2 yg org kata susun paku.diawal 20 an mak dah bersedia menguruskan anak2 yg rapat2 jarak usianya.redha dan berlapang dada dengan ketentuan Allah,Alhamdulillah, mak dapat mengatasi dengan jayanya.lagi sekali mak ulang, banyakkan bersabar dan sentiasa mengharap pertolongan Allah dan mohon Allah permudahkan segala2nya.
  Bagi mak kehidupan ini begitu pantas berlaku dan berlalu,antara pejam dan celik,siang dan malam,hari kehari,bulan ke bulan,tahun ketahun. tak sedar masa itu sudahberlalu pergi jauh meninggalkan kita.
 Tak perasan bila mak membesarkan seorang demi seorang anak2 mak yg seramai 8 orang tu.Tak ingat lagi macam mana sakitnya bersalin.( tp tahu, memang sakitlah).
Senang lagi mengesahkan masa anak2 masih kecil.bagi makan,pakai ,bebel jika ada yg tak kena,selesai masaalah.tetapi cabaran yg paling mencabar apabila anak meningkat remaja, sudah panjang akalnya dan sedang mencari identitinya sendiri.
Yaa Rabb..bila di kenang2kan..macam2 hal yg berlaku.hinggakan mak pernah menjampi atau mendoakan kepada sebotol besar air dengan zikir2 pelembut hati sebanyak 16 ribu kali selama beberapa hari setiap lepas solat fardhu.ikut cara mak sendiri la,sbb mak yakin, doa ibu itu, tak ada hijab bagiNya.mereka meningkat remaja serentak,tak terkawal rasanya dan berbagai ragam.
Alhamdulillah,Berkat usaha yang mak buat. walaupun mereka memerontak tetapi hati mereka lembut.mak tahu tu. Allah hanya menduga kita ibu bapa mereka.duniakan tempat ujian?segala ujian sama ada susah dan senang akan di beri ganjaran pahala,jika kita Redha dan syukur.sesungguhnya janji2 Allah itu benar belaka..hadapilah cabaran dan ujian itu semua dengan berlapag dada.
  Amat penting sekali berusaha semaxsima mungkin untuk mengatasi masaala2 yg datang.  apa yg perlu di tolong,luahkan kepada ahli keluarga yg lain.jangan ada rasa di pinggirkan.tolong2 menolong amat penting di antara anak2 dan ahli keluarga.nasihat2 menasihati juga salah satu petolongan yg amat di perlukan selaian dari yang lain.
Alhamdulillah,sekarang anak2 sudah besar dan sebahagia besarnya  sudah berumahtangga.mak ayah boleh jadi pakar rujuk.in sya Allah.kami kan menjadi pendengar dan penasihat terbaik mengikut pengalam2 kami.kalau rumah tangan anak2 berantakkan, tempiasnya akan terkena kat kami jugakan?.
  Oleh itu berusahalah membahagiakan rumahtangga kalian.jangan beri ruang kepada syaitan menjelit.jangan kita tergulong didalam kalangan org2 yg rugi di dunia lagi di akhirat.jaga solat iaitu hubungan dengan Allah,jaga juga hubungan dengan manusia iaitu masyarakat.
  Ayah paling suka dan sayang kalau anak2nya mengikut cakap.banyak kali ayah pesankan?ambil maklumlah..
  Mak juga sentiasa mendoakan agar anak2 juga merasai sakinah(ketenangan), memudahkan kehidupan dan kebahagiaan dalam berumahtangga yg seperti kami kecapi.in sya Allah..bagi mak, mencapai surga dunia ini dulu amat penting.sebelum kita akan kecapi surga di akhirat yg abadan abadaa.
Akhir sekali,buat anak2, tolong doakan terus kebahagian utk kami.
sekian.



 

Ahad, 25 Oktober 2015

REsepi cucur udang mak

Jamu keluarga kita dgn cucur udang yg sedap...cara2nya, kulit2 udang tu di rebus dulu.pastu udang di celur sikit dgn air rebusan itu..stok air udang namanye.
Nak bagi cucur udang tu lembut,caranya masokkan tepung AKHIR sekali...dah siap segala perencah mak nenek(tambahkan lagi dgn ikan bilis di bland dgn bawang besar sebiji.pecahkan telur sebutir)...
Akhir sekali baru masukkan tepung gandum...jangan bancuh keras sangat..agak2lah..tapi INGAT, jangan tambah air kemudian.nnti kompom tak jadi lembut.nak lg sedap n wangi tambahkan sayur toge n daun kucai.tak caya cer buat...kalau jadi, InsyAllah,cucur udang anda akan jadi kenanggan sepanjang hayat sesiapa yg memakannya...