Isnin, 18 Mac 2013

1.4.2012.ulang tahun perkawenan yg ke 28 tahun.catatannya.





    Satu sampul surat untuk bil air.satu sampul surat untuk bil elektrik,satu lagi untuk sewa rumah dan bil2 bayaran berupa hutang spt rotex.Ayah memasukan duit2 gaji yg baru diambilnya kedalam sampul2 surat itu.begitulah caranya setiap bulan ayah merancang perbelanjaan dan meguruskan keewangannya dgn teliti.ketika kami duduk di Kelompang.masa tu gaji ayah berapalah sangat, sekadar guru besar sek. agama KAFA.nama aja guru besar tapi gajinya tidak besar.sekadar rm400, itu pun mak curi2 dengar masa ayah bercakap dgn org.mak tak pernah tanya apa lagi minta.bagi mak kalau ayah sudah bagi keperluan asas utk mak dan anak2 sudah mencukupi.yg penting kami bahagia.
  Tapi kami sedih juga masa tu sedara mara tidak pandang pun(sama ada kami ujud ke tidak).maklumlah kami rasa kami org miskin.tapi tak megapelah yg penting tidak menyusahkan org.tapi yg jadi masalahnya habis bulan, abis gaji.kadang2 belum habis bulan dah habis gaji.jadi ayah pun ambillah anisiatif sambung belajar,mula2 ambil Stpm.calon persendirian.masa tu umur along baru 1 tahun.mak pulak tengah mengandungkan diklah dan angah.umur ayah 29 tahun.mak tengok ayah belajar dgn gigihnya.tak pedulik siang malam.tapi berbaloi dengan keputusan yg ayah perolehi.ayah dapat keputusan yg cemerlang.kata ayah, org belajar di sekolah pun tak dapt keputusan macam ayah.bangga gila ayah masa tu.ayah lagi kata kalau nak seribu daya,tak nak seribu dalih.tak perasan di lambong2nya(timang2) along hingga mencecah atap di umah atok kamus.wan menjerit2.panggil namanya takut anaknya terlepas.seminggu selepas melahirkan si kembar, angah dan dik lah, ayah ditawarkan menyambung Ijazahnya ke UKM.     Alangkah gembiranya kami.sebab ayah dapat menyambung  pelajarannya dan mak pulak terlebih seronak kerana mak akan duduk di kampung bersama2 org tua mak..dapatlah mak berkhidmat semula kapada org tua mak yg sangat mak sayangi.sebelum ni mak rasa tak cukup masa utk berkhidmat kpdnya sebb cepat sangat mak kahwen.
Sekarang anak dah besar,setengahnya sudah ada yang dah kahwen,kamu semua dah boleh rasakan apa yg kami dulu rasa.setelah melangkah ke alam perkahwenan besar sangat tanggungjawap yg perlu kamu pikul.banyak perkara yg perlu kamu ambil perhatiaan sebagai amanah yg akan dipersoalkan di akhirat kelak.lagi2 kepada anak2 yg lelaki.ia ditanggung di dunia,dijawab di akhirat,tentang perkara2 wajip seperti solat,puasa,menutup aurat dan mengajar membaca Al-quran,adakah kamu telah tunaikan?, pertama2nya buat diri kamu sendiri seterunya kepada tangunggan kamu iaitu isteri dan anak2.
Bagi mak di awal perkahwenan membawa ke 5 tahun memang payah. dan amat susah utuk menyesuaikan diri..ada aje benda yg tidak kena.tak taulah mungkin umur mak dan ayah jauh beza.tapi mak tahu  masing inginkan kebahagian.kami cuba berubah,terima seadanya pasangan kami ,syukur dengan apa yg ada.yg pentingnya masing2 tahu tanggungjawab.dan bertolak ansur.berbincang kalau ada perkara2 yg tak kena dan Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya bahagia dan membahagiakan.kadang ayah banyak bersabar dgn mak,begitu juga sebaliknya.manusia mana ada yg perfect..apa2 pun kita kena sama2 menyalah2kan diri sendiri,banyakkan bersabar dan mengadu kepada Allah.Agar Ia memberikan kita ujiannya,jadi kita mengharap kepada Dialah juga utk menyelesaikan masalah kita.selalunya kalau ada masaalah  atau perselisih faham kami akan ambil penderian berdiam diri dahulu.tp biasanaya mak lah yg selalu mengalah dan terus meminta maaf kepada ayah..maklumlah org lelaki egonya tinggi sikit.mak tahu kalau di biar tak sampai ke mana, jadi itu ajalah jalan penyelesiannya.lepas tu bolehlah berbincang2 sampai 3pagi.memanjangnya mak yg  minta maaf dulu. pastu buat lagi ayah cakap kat mak.tp kalau kita nakkan bahagia kita kena cari bahagia itu.dgan berubah supaya menjadi lebih baik (solehah)terimalah pasangan seadanya dgn berlapang dada...
Di sini mak nak beri tahu along ,angah, diklah, cek dan emi.banyak sangat lagi perkara2 yg perlu korang lalui .mak kata macam tu,sebab mak sudah mendahuluinya, terlampau banyak duri dan ranjau yg perlu kamu laluinya. calang2 org akan tewas. Dalam mengendalikanya. Banyakkan pergantunggan dgn Allah. Yg penting ibadah asas mesti dijaga.dah berbuih mulut ayah dan mak katakan,kalau ia di jaga segala2nya kan selesai insyaallah. Kalau kita tolong agama Allah, kita akan dapat rezeki yang tidak disangka2.. Allah permudahkan segalanya. Yg penting kita ingat selalu kepada Nya..
Perkahwenan kami diatur oleh org tua. Masa tu mak masih tinggal di asrama. Tiba2 pada satu petang datang pak ngah ambil mak balik, dia kata pada warden ada hal penting. Mak pun baliklah ke kampung. Pada malamnya ada pasangan tua(Wan dan atok Kamos lah tu) yg datang bersama seorang jejaka. Sebelum balik isteri org tua tu telah menyarungkan cincin kat jari manis mak.lepas tu pagi esoknya mak pergi semula ke asrama semula.mak tak cerita dengan sesiapa pun ,walaupun dgn kawan karip mak. Rupa2nya masa tu mak dah bertunang.dah lama2 baru mak tahu rupa2nya mak dah bertunang. Selang beberapa minggu Tok ayah pulak datang. Terus pegi jumpa warden dan ambil mak terus balik. Di rumah segalanya telah diaturkan untuk majlis perkahwenan mak.
  kawan2 kata mak kena kawen paksa. Mak kata tak lah. Biarlah org nak cakap apa yg penting masa tu mak nak dengar cakap org tua je. Kalau mak kena kahwen paksa mungkin mak dah lari atau sekurang mak memberontak tak nak jadi pengantin dan tak bersiap lawa2.ngeeh,ngeh,ngeeh..masa tu mak pasrah ajelah. Dalam ati mak yg penting mak nak dengar cakap org tua.Di hari kenduri mak pertama kali melihat ayah mak menangis.mak pun turut menangis. Rupanya banyak sangat keberkatan dalam kehidupan mak seterusnya, insyaAllah.Selama ini mak dapat merasakannya.
Sekarang ni giliran anak2 pulak mengambil alih. Mula2 cerita Along. Dua subuh berturut2 Along menelifon mak cakapkan dangan ayah,along dah bersedia nak kawen,tiap2 malam beristiharah di masjidilharam.dah dapat alamat dah katanya .pas tu mak pandang ayah,ayah pandang mak  kami sama2 termenung x mampu  nak kata apa2,Ayah bagi sms kat along apa2 hal balik dulu..urusannya mudah sangat.org kelantan.memang sangat mudah.Alhamdulillah segala2 berjalan lancaar.sudah bernikah Kak long masih di Dq ada setahun lagi,along balik ke mekah.mak ingat along kata susah nak jaga hati,kalau tak nikah hati tak boleh tenang.lagi separuh masaalah selesai katanya lagi,tinggal nak tumpu pada pelajaran je.betol juga tu.kalau dah nikah tak kisah nak bergayut sampai lebam pun tak pe...perkara dah halallantoyyibah.


  Setahun lepas tu angah pulak,bertunang juga,tapi tak lama.jadi kami cadang buatkan sekali kenduri.menyambut menantu dan kenduri nikah angah.kenduri yg besar juga,anak murid ayah jemaah  surau selayang telah begotong royong masakkan makanan kenduri.masa ni rezeki dtg tidak di sangka2 sbb ada org seponser seekor lembu.Alhamdulillah,syukranlillah.ayah kata tengoklah rezeki Allah nak bagi. Kalau kita ikhlas berkerja utk Allah. Allah akan mudahkan segala urusan kita.itulah yg kami yakini selama ini.
Sempatlah rehat 2 tahun, lepas tu dik lah pulak nak buat kenduri,bertunang lamalah jugak.dik lah awal2 lagi dah warning kat mak.jangan terima aje sesiapa yg datang,sbb dia sudah ada.sabau aje lah. Tapi jodoh mereka memang kuat. Kendurinya banyak yg di siapkan oleh dik lah sendiri. Sebab diklah sudah keje. Mak selalu ingatkan yg penting akad nikah. Selesai juga akad nikahnya. Alhamdulillah.
 Tiba2 tahun lepas Cek pulak mengambil bahagian. Hajatnya pulak perlu kami tunaikan. Cek kata ada org nak datang. Tunggu punya tunggu rupanya calonnya belum balik ke Malaysia lagi.cuak gak kami di buatnya.masa semakin singkat. Tak sampai dua bulan lagi dah nak balik ke Mesir. Mak tetap berdoa agar segala2nya berjalan lancar dan dipermudahkan. Alhamdulillah doa mak dimakbulkan sebb masa tu bulan puasa kot.siang malam mak berdoa.dgn atok pun mak minta doakan.pehak lelaki datang, bincang2 kami putuskan selesaikan aja. Iaitu di akadkan.segera sbb masing2 nak balik ke mesir.kami tidak jadi masalah sebb besan sudah lama jadi kawan.masa di kkb ari tu.(aktif dalam jemaah abim).dengan ini, memudahkan lagi urusan kami.mak cakap dgn cek perkara yg paling penting akad nikah.rupa2nya bila kita fikirkan benda2 yg penting untuk jadi mudah maka yg tak penting pun mengikut akan jadi mudah.dalam masa sebulan aja kami buat persiapan.turun kejalan masjid india 2 kali.segalanya ringkas dan murah2.janji ada.apa yg penting akad nikah.kan Cekkk???insyaallah ada keberkatnNya..
 Peristiwa terbaru pulak yg kami telah terima .Emi pula minta nak kawen.dia sudah lama bersedia.dan telah menceritakan segala2nya.ok lah nnti ayah sms kat along .dik lah dan cek tanyakan pendangan mereka.sebenarnya jawapannya semuanya positif.dalam keadaan yg sekarang ni ayah kena bagi dia kawen.cek kata normallah tu. Emi dah rasa boleh pikul tanggungjawab.Alhamdulillah,segala2nya berjalan dgn lancar.emi pulak sudah selamat nikah, tinggal nak buat kenduri aje.perkara baik kena di segerakan. rezeki jgn takut.. adalah Allah tentukan.yg penting kita bersyukur nescaya akan Allah tambah.
Kepada Faiz, muiz dan najiah tinggal kamu aja lagi ,moga kamu di jodohkan dgn pasangan yg soleh dan solehah.doa banyak2.belajar rajin2. Fikirkan masa depan kamu.untuk kamu bukan untuk kami.kami menumpang bahagia melihat kamu bahagia.tapi janganlah sebaliknya.nauzubillah, perjalanan hidup kamu masih panjang lagi.bukan di dunia sahaja tapi di akhirat yang paling utama...
Cukuplah rasanya apa yg mak nak coretkan buat kali ini.peringatan yg terakhir ingatlah kita datang dari Allah kita hidup kerana Allah maka kita akan kembali kepadanya juga.INGATLAH KAMI DALAM DOA MU......
Kata-kata Motivasi yang mak dapat dari Fb.ia boleh memberikan kita panduan dan semagat buat bekalan hidup di dunia ni.cubalah menghayatinya.
-Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.
-Orang berjaya pasti boleh kaya... Orang kaya belum tentu berjaya."
-" Kebaikan itu adalah kemuliaan akhlak & dosa itu adalah apabila kamu sedang lakukannya, hatimu tidak tenang dan kamu tidak mahu ia diketahui oleh manusia" (Riwayat Muslim). Erti hadith ini adalah bagi insan yg masih punyai iman, hatinya tidak keruan; namun bagi pencinta maksiat & hati yg mati, dosa adalah menghiburkan.
-Jangan takut, kerana masalah yg anda hadapi tidak lebih besar dari jalan keluar yg TUHAN siapkan untk anda."
-"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."
-Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua 'perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi. Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.....
 by Ummi Nafishah Shahar (Nota) on pada 3hb April 2012 pukul 2.59 ptg

Tiada ulasan: