Inilah blog baru Emak,Blog yg lama dah hancusss...sabau aje lee..
Rabu, 20 Mac 2013
Nasehat Ikhlas khas buat anak ku.
Sekian
kalinya Mak nak mencoretkan buat ingatan anak2 dan menantu yg berada
didalam zaman generasi Y ini .Sudah sedia maklum bahawa generasiY
adalah generasi yg berada di akhir zaman sebelum generasi
Z.kehidupannya yg penuh dengan DUGAAN ,GODAAN dan CABARAN yg amat
keritikel pada pandangan Mak dan ayah dan begitu pantas masa berlalu.
Dahulu masa anak2 maseh kecil anak2 semua berada dan membesar di
hadapan mata Mak dan Ayah.senang cerita Mak dan Ayah akan memastikan
anak semua di didik dengan agama seperti yg di sarankan oleh
Rasulullah.
Orang kata ramai anak susah nak jaga.Pedulikkan
orang kata. Bagi Mak dan Ayah kami amat bersyukur telah di kurniakan
anak yg ramai.Rezeki.tapi yg paling Pawer, ramai dan berkualiti itulah
idaman kami.tetapi biarlah ikut acuan agama Islam yg tidak ada tolak
bandingnya.
Bagi mak dan Ayah yang penting juga mistilah
kehidupan keluarga mencukupi dan sempurna dari segi
keperluaan,kebersehan dan amal ibadah dengan beristiqamah.walaupun
kadang2 ada juga masa Mak menghadapi tekanan.tapi Mak rasa bahagia dan
berpuas hati sangat,ketika Mak menghadapi tekanan,penawar Mak adalah
Al-Quran,Ya Mukjizat al-Quran.kalau Mak menghadapi tekanan,atau bila2
ada masa mak akan baca Al Quran.Tak percaya buatlah dah
amalkan.InsyaAllah.Mak dan Ayah harap anak2 yg sudah berkeluarga
tu,bawalah keluarga kamu kearah keredhaan Allah dijamain kaberktannya.
Bagi Mak dan ayah kehidupan yg paling seronok adalah masa kalian
sedang membesar,rasa puas dapat melihat anak2 membesar di hadapan mata
dengan sehat dan sempurna dengan perkerjaan Mak sebagai suri rumah
sepenuh masa.moga Allah terima amal 2 yg telah Mak laksanakan buat
keluarga yg berkat ini InsyaAllah.Mak rasa kalau tak ada kekuatan dan
kesabaran yg Allah berikan,tak akan tercipta keluarga yg macam
ni.Syukur kepada Allah.Mak dan Ayah pada ketika itu sentiasa mencari
atau menambakan Sakinah (Ketenangan)agar kita semua dapat mengecapi
sedikit kebahagiaan di dalam dunia yagn Fana' ini.
Tugas ayah
lagi beratlah,selain mencari nafkah Ayah juga akan memastikan anak2
tidak lalai dalam melakukan ibadah solah.tiap2 suboh ayah akan
memastikan anak bangun solat berjamaah di surau atau masjid.Solah
adalah tiang agama.sesunggunya ibadah solahlah yg paling pertama di
soal oleh Allah di akhirat kelak.ibadah solah juga mencegah anak2 dari
melakukan dosa atau kemungkaran oleh itu jaga ibadah solah kamu wahai
anak2 ku.maseh ingat lagi tak? masa Along,Angah dan Dik lah sekolah
rendah,bila cuti Vcen,ayah akan mengarahkan kamu semua pergi mengaji di
masjid Makmuriah dengan Ustaz Abu Yani?Dan anak yg 4 org di bawah ni
akan pergi mengaji di surau Al-Islah dengan Ustazah Khadijah(isteri
ustaz Hassan Azzahari).sebaliknya apabila cuti ada aje aktiviti yg
berfaedah buat anak2 selain baik ke kampung Jeram Atau Rasa.seraoakkan
pada masa tuuu?
Dulu Mak dan ayah boleh menasehatkan anak dan
selalu aje ayah berleter memcontohkan dirinya masa zaman Ayah kecil2.di
ulang2 bagi anak megerti betapa susahnya dia ari tu.Dulu kalau Ayah
Mak marah , anak merajuk akan mengurungkan diri dalam bilik aje.tetapi
sekarang kalau anak2 merajuk anak2 akan keluar rumah mencari kawan,
dan kepada kawanlah anak2 akan mengadukan masaalahnya,kalau kawan yg
baik, Ok.tetap kalau kawan yg akan merosakkannya macam mana?Ia amat
merisaukam Mak sebenarnya.
Yelah sekarang anak dah besar dan
dewasa ,baginya mak dan Ayah ni siapalah sangat kan?mungkan kami dah
jadi tidak penting bagi anak2.sebenarnya bagi Mak dan Ayah pengaruh
kawan2 dan pengaruh luaran telah menjadikan sedikit kekalutan dalam
rumahtangga ini.Allah nak menduga Mak dan Ayah. sebenarnya.Insyaallah
Allah juga akan memberi Mak dan Ayah kekuatan dan jalan keluar pada
masaah yg mendatang.
Dulu,Internit dalam bilik .jika keluar
masok mak dan Ayah akan menguncikannya atau cabut modem.Kami akan
membenarkannya jika kami ada bersama2.jika tidak ia akan terkunci rapat
didalam bilik.
Sekarang,anak sudah ada Hp sendiri ,benda
itu kini semua telah berada dalam genggaman anak2 kalau tak ada
pun,ialah kan anak2 dah besar dah ada tempat untuk meluahkan perasaan
dan pada yg telah mempengaruhi anak2.perkara yg tidak di fikirkan oleh
Mak dan Ayah sebelum ini telah berada di hadapan kalian wahai anak2
ku.iaitu DUNIA TAMPA SEMPADAN.
Di Internit ada Youtiub,ada blog2
ada lucah dan tak lucah.semuanya sekarang telah berada dalam genggaman
anak2 ku.semaunya telah berada di hujung jari kamu wahai anak2 ku.Mak
dan Ayah dah tak tahu dan tak larat nak menghalangnya.cuma Mak dan Ayah
nak panjatkan doa dan pesaan buat sekian kalinya, agar takutlah kamu
wahai anak2ku akan janji2 Allah yg berupa azab yg akan di timpa di
dunia ini lagi,apa lagi di akhirat kelak.sesungguhnya azabAllah amat
pedih wahai anak2 ku.
Ingatlah wahai anak2 ku buatlah dosa
sekecil mana pun.hati kecil kita tak akan merasa senang dan
tenang,apatah lagi dosa2 besar,Nauzubillah.ini lah naluri kita sebagai
hamba kepada tuhan iaitu Allah apabila kita telah mendapat Hidayah.
Di dalam dunia ini berapa hari aja kita nak hidup.org tua mati,orang
muda mati,org kaya mati.org miskin pun mati.org kawen mati,org tak
kawen pun mati juga,kita tak ada kuasa nak menolak kematian dan sebab
kita hiduplah maka kita akan mati.tetapi kita nak pastikan kemanakah
kita akan pergi selepas kita mati.????????Kita hamba yg tidak berdaya
dan lemah janganlah bersifat samsing dgn Allah,kalau dgn Allah pun kita
nak samsing apalagi kita dengan org lain,terutama Mak dan Ayah.
Sekarang juga anak2 dah pergi seorang demi seorang ,dan telah
meninggalkan Mak dan ayah untuk berhijrah jadi dengan cara ni sajalah
mak dan ayah dapat berinteriaksi dengan anak2 tidak seperti dulu.dulu
masa perjalanna ke sekolah pun mak masih semapat menasehatkan macam2
kepada anak2 kadang sampai menitis air mata Mak.Semoga di usia
kematangan kamu anak2 ku kamu dapat menilai akan nasehat mak dan Ayah
yag mana permata dan yang mana kaca.berpenganglah kamu kamu dengan tali
Allah dengan berpandukan IMAN dan TAQWA.Mak dan Ayah sebagai org tua
kamu akan tidak jemu menasehatkan kamu anak2 ku agar sentiasa berada di
landasan yg lurus wahai anak2ku.dan sentiasa mengiringinya dengan
harapan bersama doa2 di waktu malam dan siang,ketika dudak dan
bangun,dan ketika rokok dan sujud agar Allah anak2 Mak dan Ayah
menjadi anak yg SOLEH dan SOLEHAH,berjaya cemerlang di dunia apatah
lagi di akhirat.Berilah merak anak2 Mak dan Ayah kekuatan beramal
ibadah dengan beristiqmah.teguhkan iman kami ,jangan Engkau olak
alikkan hati kami dan anak2 kami dalam membuat taat kepadaMu.berilah
kami hidayah supaya kami dapat membuat pilihan yg paling tepat dan masa
depan anak2 kami. Kami tidak berdaya melainkan dengan petunjuk dan
petolongan Mu Hai Ya Allah yg maha Bijaksana.Insyaallah kami tak akan
jemu2 terus berdoa dan berusaha lagi dan lagi agar dapat menasehatkan
kamu anak2 kami yg berada di generasi Y.
YaAllah Engkau
lembutkan hati anak2 kami yg keras seperti batu itu agar dapat menerima
nasehat yg baik2 dan berguna dari sesiapa pun utk bekalan kehidupanya
yg masih panjang di dunia yg sementara ini dan Engkau Ya Allah
Ampunkanlah dosa2 kami dan Anak2 kami.SEKIAN,WASSALAM..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan