Rabu, 27 Mac 2013

Resepi masakkan Mak dgn perencah kasih sayang....



 Masakkan dangan ramuan dan rencah kasih sayang.....  Dulu masa Mak baru khawin dengan ayah umur Mak belum mencecah 20 lagi,masa tu Mak manalah tahu masak langsung,lagi lah sebelum tu Mak tinggal di asrama.dia asrama semua siap, tinggal nak belajar aje.nak tau tak?mak rasa masa tu masak nasi pun Mak tak tahu,dulu mana ada periuk nasi elekterik2 ni..kalau balik dr asrama Atok suruh masak nasi, Mak akan tunggu di depan periuk, sampai nasi kering.sbb sebelum tu Mak pernah masak nasi hanggit,kata Atok, setinggi2 mana pun pempuan belajar ,ke cerok dapur juga pegi akhirnya.Sabar aje leee. Tiba2 kena khawin pulak.lagilah mengelabah di buatnya.lepas kawin ayah ajak duduk dengan Mak dan Wak dia .alamak kena duduk dengan mertua pula.macam mane ni?tapi atas nasihat dan pesanan org tua.itu lah yg mak bekalkan.Kata atok "kalau tak pandai kena tanya,"sampai sukatan air dalam beras, ketika nak masak nasi pun kena tanya Mak mertua.banyak mana.kata mak jangan nak memandai2 sendiri.mak mertua tu buat macam mak sendiri.lagi  atok pesan sangat ,kalau nak suami sayang kat kita,kita kena sayang ayah dan ibu mertua kita.sebab merekalah yang suami sayangi sebelum dia berkawin dengan kita.jadi suami akan lebih menyanyagi kita".itu lah pesanan yang Mak
pegang  selama Mak berkhawin dengan ayah..Alhamdulillah Mak telah menjadi menantu pilihan Wan.ngeh,ngeh.ngeh.tah caya?tak caya sudah..... Masa Mak mula2 datang ke rumah Wan.Wan masih masak guna dapur kayu lagi.tiap2 pagi Wan akan pergi ke pasar dgn Wan Esah.tepat pukal 11 pagi Wan balik kedai,sampai sekarang mak hairan kerana tepat pukal 11pagi, pasti Wan baik kedai.padahal Wan tak bawa jam pun.pelikkan?.mungkin selama bertaun2 ,itulah kerjenya.agaknya Wan dah set masenya. Di rumah,Mak akan siap2 perkerjaan rumahtangga.siap basuh kain tampa mesin basuh,mengemas rumah, nnti senanglah Wan balik ,mak tolong Wan masak pula.saje sebok2kan diri,bukan tahu masak pun,tolong sikit2lah siang 4 ekor ikan kembong utk masak rebos kuning,atau tolong sebokkan diri sorong2 kayu api masok bawa periuk.macam main pondok2 masa kecik2 dulu2tu.seronok pulak rasanya.main2 api.sambil tengok Wan masak. Masak asam rebus,(masak pindang) paling senang mak rasa.mula2 mak tengok Wan masokkan semua bahan2nya,kemudia rebus atas dapur .jadilah asam rebus.jadi kena tahu jugalah apa bahan2 yg perlu di rebuskan?. Sebenarnaya ada peristiwa yg menjadikan Mak pandai masak yg tak bole mak lupakan sampai sekarang.peristiwanya lebih kurang macam ni.ketika Mak dan Ayah keluar dari rumah Wan ,kami dah rasa teringgin nak hidup membena keluarga sendiri,masa tu kami duduk di Kelompang.Suatu hari Mak  terfikir2 hari ni nak masak ape?,tiba mak teringin nak makan masakkan acar ikan yg atok selalu buat tu.jadi Mak pun masaklah.tengahari tu mak pun hidanglah masakan itu utk kami berdua makan.tiba2 ayah rase macam pelik dan ada  tak kena aje masakan mak tu,jadi ayah pun berkata."kalau atok kamos rasa
masakan Wan tak sedap macam ni abis di kirapnya dari atas meja".berderau darah mak dengar.Mak terus bangun masuk bilik air,Mak menangis semahu2nya,.Mak pun tahu atok Kamos memang garang orgnya.org dulu2 lah katakan.tu la pasal anak2nya semua menjadi.dalam hati Mak masa tu, Mak bernekad atau berazam lepas ni Mak akan belajar masak sepandai2nya.Insyaallah.sedih sangat bila ayah cakap macam tu.ingat tak sedih ke?Mak tak salahkan ayah.sesiapa pun tak boleh menerimanya,tapi memang Mak mengaku Mak tak pandai masak masa tu.bagi mak di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pada saat tu mak pun belajarlah memasak,ayah pun membantu juga iaitu dengan membelikan Mak buku2 resepi.kemudian Mak paling suka pergi rumah org2 pandai masak.pertamanya rumah Pak long(Shah Alam) sebab Mak long pandai masak.Mak tanya2lah macam mane nak masak itu ini,sambil mengintai2 cara dia memasak. Rupa2nya masak ni senang aje, kalau kita tahu bahan2 dan cara2nya.yang penting perancangan dan pengetahuan tentang masakan.kita seronok nak masak untuk keluarga.,ikhlaskan diri seronok dan enjoi ketika memasak.masaklah dgn ramuan kasih sayang utk keluarga supaya mereka hidup sehat dan dapat beribadah kepada Allah dan bila sehat memberi mamfaat kepada dirinya sendiri dan masyarakat...moga Allah memberi ganjaran pahala kepada kita semua. Bagi Mak bukan susah sangat nak masak.Yang pertama kita misti tahu apa bahan asas masakan.(org melayu)iaitu BAWANG BESAR(bawang kecil x payah susah nak kupas kulitnya.leceh)BAWANG PUTIHdan MINYAK.kata atok kalau kita nak masak daging atau ayam kita kena masukkan HALIA sikit. tu aje.
Hari ni kita nak masak apa?dalam kepala dah tahu dah apa bahan2nya,contonya kita nak masak kicap,sup , masak korma dan kari.bahan tumisannya sama aje.Bawang besar,bawang putih dimayang.panaskan minyak di tumiskan dlm periuk masukan juga rempah kering seperti kulit kaya manis 1 inci,bunga lawang 2@3 kuntum.buah pelaga dan bunga cengkih 2 biji,tumislah .sampai naik bau  wanginya..tengoklah kalau kita nak masak ayam @ daging masukkan halia(di hiris halus).nak bagi hilang hanyirnya.kalau masak ikan tak perlu halia.dan rempah2 kering seperti di atas.dah naik bau,siaplah kita nak masak ape? kalau nak masak kari masukkan sebuk kari (kari kena masak lama2dan api kecilkan takut nnti karinya x masak, sakit perut)dah terbit minyak masokkan ayam atau ikan dan santan akhir sekali masukkan air asam jawa.kalau nak lagi sedap dan karinya pekat masokkan kerisik dah mendidih masukkan garamnya dah siap satu masakan, Nak masak sup pulak kita kena cari perencah sup adabi dan kiub ayam nous,tumis bawang besar,putih dan  halia dan rempah2 kering tadi.dah naik bau masukkan perencah sup adabi sikit(setengah sudu besar) dan akhir sekali masokkan  kiub tu masokkan kentang  bersama ayam. kalau masak kicap ramuan sup tadi tambahkan kicap dan sos tiram,masokkan ayam atau ikan.(Ayam kena goreng dahulu).akhir sekali masokan air asam jawa atau air liman(masak kicap ikan sahaje halia kena ada)masak kicap dan sup kita kena tambah lada hitam atau lada sulah.hiasannya lada merah di potong 2..senang jee.masak nasi ayam pun kita boleh guna kiub tu.masukkan kiub masa buat air rebusan ayam utk menanak nasi ayam. Masak kurma pulak.tumis bahan asas , termasok rempah kering tadi,masukkan serbuk kurma masak sampai terbit minyak masukkan ayam dan kentang,nak cantik ayam dgn kentang tu di
goreng dulu.ahkir sekali masukkan asam gelugur,dan dah mendidih masukan perhiasanya lada hijau atau merah di belah 2 bawang besar di belah bulat dan1@2 buah tometo potong 2 juga..dah jadi kuah kurma.senangkan??? Kalau masak lemak dan ikan rebus x payah tumis.lagi senang,Bawang besar dan bawang putih halia cili api kalau nak sedap masukkan kunyit hidup dalam 1 inci.cilipadi tu agak2lah kalau nak pedas taruh banyak,kalau x nak cukup dalam 5@6 biji aje.masokkan dalam blend bersama 1 cawan air(bland basah).,di bland semua sekali ,sekarang senang, ada bland.kalau dulu2 kena tumbuk dalam lesong.ambil periuk masokkan ayam yg telah di bersihkan dan kentang yg sudah di kupas kulitnya dan di potong2.kemudia masokan bahan yg sudah di bland bersama2 santan pekat, daun kunyit ,serai.dan garam di masak hingga kentang empuk.barulah di masokkan asam keping.dia biarkan sekejap di atas dapur.dah jadi dah, masak lemak cili padi.senang jugakan??? Masak asam rebus lagi senang ,tak payah santan ,ia di gantikan dgn air aje yg penting.ingat apa bahan asas tadi. Satu pesananMak, yg penting ketika nak masuk dupur sebelum masak dan selepas,dapur misti bersih dan kemas..sambil masak2 tu kita boleh bersihkan pinggan mangkok yg telah di gunakan dan boleh sempat lap2 dapur lagi barulah seronok kita nak masak.Sambil boleh bersenam lagi.betol tak ,siap masak.maka kita pun siap kemas.kalau Maklah tak tahu Mak nak masak kalau dapur bersepah.kita akan rase seronok menjanlan tugas sebagai tukang masak yg amat banyak pahalnya.Apa yg paling penting sekali lillahi ta'allah,Ada suatu masa tu Mak takut telupa niat mak siap tulis di depan sinky tu ,agar iklaskan niat kerana Allah Taala.sbb apa yg Mak belajar,sesuatu perkara tu berdasarkan niatnya ,jadi kenalah hari2 berniat ye.kalau tak sia2
je,rugi....sekarang pun Mak taklah pandai  masak sangat.setakat masak utk keluarga tu ,ok lah,rajin2lah mengintai2 buku2 resepi atau laman2 web masakan2.apa yg penting air tangan isteri atau Mak yang masok ke dalam perut suami dan anak2.Surirumah, memasak dgn rencah kasih sayang menjadikan masakan kita enak dan di ingati sepanjang hayat...selamat mencuba....    Kata2 yg Mak dapat dari FB.  :: WANITA : PANDAI MEMASAK ::  "Perempuan kenalah pandai masak."  "Perempuan kalau belajar jauh-jauh kat mana pun, bab masak kenalah pandai." "Perempuan kalau pandai masak, cepat kahwin." "Si H tu cepat kahwin sebab dia pandai masaklah.." "Suami kalau nak makan, dia nak air tangan isteri juga.."  ~✿>> Seorang ISTERI SOLEHAH hendaklah MEMASAK DENGAN AIR TANGANNYA SENDIRI kepada suami..air tangan isteri yang memasak LEBIH BERKAT dari air tangan di kedai makan, buat wanita/bakal isteri BELAJARLAH MEMASAK..setinggi manapun PANGKAT DAN PELAJARAN kamu, MEMASAK akan menjadi RUTIN utama apabila sudah berkahwin kelak..   Wahai isteri solehah, BERWAJAH MANISLAH ketika memasak..kelak masakan kamu TETAP MANIS..jangan mengatakan TIDAK TAHU MEMASAK, di pasaran banyak BUKU RESEPI MASAKAN..sebelum memasak mulakan
dengan BISMILLAH DAN SELAWAT..InsyaAllah, masakan kalian bertambah BERKAT dan MEMBUAHKAN PAHALA..   p/s : AIR TANGAN wanita solehah SANGAT AJAIB, mampu MEMBAHAGIAKAN rumahtangga di dunia dan di akhirat..tiada manusia yang akan pandai jika TIDAK BERUSAHA memperbaiki diri..ramai wanita BERAZAM ingin menjadi ISTERI SOLEHAH, salah satunya memasaklah untuk suami agar suami selalu tertawan..belajarlah memasak even "sesimple resepi" sekalipun, setiap titisan air  masakan akan menjadi ZIKIR MEMOHON KEAMPUNAN kepada Allah..♥♥  :: Jika WANITA kena pandai MASAK, LELAKI kenalah juga pandai menjadi IMAM :: 
 

Tiada ulasan: