Isnin, 23 September 2013

Kata2 motivasi dlam alam rumah tangga.

*Orang lelaki tidak pandai tunjukkan kasih sayang kepada keluarga dalam bentuk sentuhan seperti pelukan, sapaan, gurauan atau layanan lembut.

Tetapi mereka pamerkan kasih sayangnya dengan berusaha tunaikan tanggungjawab dan cuba sedaya upaya memenuhi keperluan keluarganya.

Setuju orang lelaki??
* BONUS bagi lelaki yang bijak ambil hati pasangan, romantik dan berusaha sebaiknya tunai tenggungjawab kepada keluarga.
* Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada.
*Kepada orang lelaki, jika melihat wanita yang lebih cantik adakah kita menunduk pandangan dan berkata pada diri "Pasangan aku lagi cantik dan baik untukku, aku akan setia dan beri yang terbaik untuknya, pasanganku amanah untukku"
*Pesanan Sayidina Umar bin Khattab...

- Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
- Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
- Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
 
*- Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga..
Daripada Anas bin Malik R.a, Nabi s.a.w bersabda: "Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan."
*
'KETIKA HATI WANITA DISAKITI"

Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...

Wanita marah bukan bererti dia pemarah, melainkan hatinya tengah terluka...

Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh, melainkan diam itu lebih baik untuknya.

Ketika Hati wanita disakiti...
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun, namun hancurnya hati wanita ketika disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan..

Ketika Hati wanita disakiti...
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah air mata mengalir membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta-Nya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus..

Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan..

Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca, Maka jangan terlalu kasar membersihkannya, kerana ia akan menjadi calar..

jika kau meletakannya jangan kau letakkannya dgn kasar kerana ia akan pecah...

"Begitupun Hati Wanita"
*
Suami sejati sila beri perhatian. Isteri pantang benda2 ni :

1) JANGAN Lupa tarikh birthday dan anniversary
2) JANGAN Puji perempuan lain dihadapan isteri
3) JANGAN Tengok perempuan lain dihadapan isteri
4) JANGAN Terlebih mesra dengan rakan baik isteri
5) JANGAN Like/comment/follow page perempuan lain di FB/Twitter
6) JANGAN Letakkan password di Handphone
7) JANGAN Clearkan inbox/call log in n out
JANGAN Lepak borak kosong dengan kawan2 sampai lewat pagi
9) JANGAN Lupa isteri jika ke luar negara. pastikan call/sms tanya isteri
10) JANGAN Lupa bg suprise mcm kek, kad, bunga, coklat. (bagi saja tanpa perlu sebab)
11) JANGAN Lupa cium dahi isteri sebelum pergi kerja. (^^)

Jika anda sebagai lelaki, ambil perhatian walaupun nampak simple tapi itu yg anda gagal melaksanakan. Tak perlu jutaan ringgit untuk buat. Belajarlah Hargailah insan bernama WANITA yg telah diamanahkan..
*
Kalau tak merasa bahagia, jangan salahkan orang lain. Tapi kita sendiri lah yang bersalah sebab banyak meletakkan syarat untuk bahagia.

Paling malang, orang yang meletakkan kebahagiaan pada material atau kebendaan.

-bila dapat kereta idaman, baru rasa bahagia
-bila dapat beli handbag cantik, baru rasa puas bahagia
-bila dapat duit, baru rasa tenang bahagia
-bila dapat makanan mahal2, baru rasa berselera dan bahagia

Kawan, tak usahlah letak sebarang syarat untuk merasa bahagia. Percayalah, bersyukur itu sudah cukup membahagiakan...
*
SUAMI YANG BAIK MENGAMBIL ISTERI SEBAGAI PENASIHATNYA...

"Suami yang jahat suka mengambil isterinya itu sebagai musuh atau persaingnya manakala suami yang baik mengambil isterinya sebagai penasihatnya, yang mengingatkan bila ia lupa, yang menyediakan bila ia perlu, yang mententeramkan apabila ia gelisah, yang membahagiakannya apabila ia sedih, yang menunjukkan jalan apabila ia kecewa.
*
Melalui proses kehidupan, SABAR dan SYUKUR lebih bahagia berbanding MERUNGUT dan MENGELUH..
*
Allah tak pernah kekalkan malam tanpa siang,
Allah tak pernah kekalkan hujan tanpa panas,
Allah tak pernah kekalkan tangisan tanpa ketawa,
Begitu juga sedih, Allah takkan kekalkan sedih tanpa gembira.
Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah akan kurniakan sesuatu yang baik juga.
Allah tak pernah menzalimi hambaNya.
Dan janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri.
Tersenyumlah dalam menghadapi hari-harimu.
*
TIPS malam ini :

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA...

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.
HANYA UNTUK SUAMI ISTERI SAHAJA YE.
*
ISU : Suami rimas apabila isteri mahu bermanja. Banyak sangat terjadi dalam hubungan yang sudah halal. KENAPA?

Tidakkah suami tahu, sifat isteri sebagai wanita inginkan perhatian, belaian, sentuhan, dan sememangnya dalam setiap hari isteri sangat perlukan semua itu daripada suami yang dicintai. Jika tidak, tekanan perasaan boleh terjadi kepada isteri.
*
Yang membuat kita Kuat adalah Doa
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah
Yang membuat kita MAJU adalah USAHA KERAS
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa
Yang membuat kita SEMANGAT adalah HARAPAN dan IMPIAN

Tiada ulasan: