Cara Rasulullah Menjaga Kesehatan Diri
1.> SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan
pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit
tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2.> AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Kamis atau Jumat, Baginda
mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumat adalah sangat dituntut
bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.> TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).”(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga
ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4.> GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad danmengunjungi
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka
dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbandingkita sekarang yang lebih selesa menaiki
kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di
hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5.> TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikatkesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat
untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah,
bila berdiri makahendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka
perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudzkerana marah itu
daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6.> OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan
jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakkal kepada Allah SWT
7.> TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu
menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8.> PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman
hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya,
banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan