Kpg Jeram Dalam Kenangan.
Oleh
kerana adila dah tak ada buat rakaman.saya hantar coretan saya di sini
aje lah...laku ke idak? agaknye..macam sambutan adila lam radio
tu..huhuhu
INILAH CORETAN SAYA.
Salam,saya ingin menghantar coretan kenangan hidup saya dalam adila.harap di pertimbangkan.tp saya tak pandai pilih lagu...
Kampung Jeram dalam kenangan.tahun 70, 80 an..
Kampung Jeram adalah kampung kelahiran ku, tanah tumpahnya darah
ku.Pada tahun 70,80 an aku membesar di sini bersama keluarga besar
kami..terdiri dari keluarga Atok Ayah ku Haji Mat Amin.serta anaknya yg
seramai 10 orang tu,aku adik beradik amat rapat dengan pak2 dan mak2
saudar aku.
Pada tahun 60 an Tok Ayah aku adalah Imam kampung Masjid
Jeram.Selalunya setiap selepas solat hari raya semua orang kampung akan
datang kerumah Tok ayah yg terletak di sebelahan rumah aku.selepas
orang2 perempuan solat raya di surau hadapan rumah,mereka dan anak2
murid yg mengaji kat rumah Tok ayah ini pun akan bergotong royong
menghidangkan makanan yg telah di bawa oleh orang2 kampung, mereka
membawa makanan masing2 untuk di sajikan kepada org2 lelaki yang akan
datang selepas solat hari raya nanti,masa tu aku masih kecil lagi.aku
melihat makan yg berupa juadah hari raya cukup banyak,hampir separuh
ruang tengah rumah Siti(Nenek) tu,.begitulah keadaannya saban
tahun.melihat orang kampung hidup bermuafakat.
Apabila Atok ayah
sudah meninggal, di ganti pula oleh Imam Syafie(atok sedara aku) bapa
kpd Ustaz Rahmat,jadi org kampung dah beralih ke rumah Ustaz Rahmat
pula.. meriah sangat mase tu.tapi org perempuan tetap solat hari raya
kat surau depan rumah sampai sekarang.tapi kata mak dah ada masjid baru
ni tak lah lagi kot ..
Masa dulu aku pegi sekolah jalan kaki aja,ada
tiga jalan yg boleh tembus kesekolah kebangsaan tu,partama jalan
sempang(pekan)..2,jalan kampung,3,jalan Tambak Reda,selalunya pagi2 aku
suka lalu jalan kampung,jalan pintas,cepat sikit,maklumlah kami takut
terlambat pergi sekolah.taulah arwah ayah tu, lepas solat subuh
berjemaah, kami kadang2 di suruh mengaji dulu, kadang2 dia beri kuliah
kat kami adik beradik dulu.di sbbkan nak cepat ke sekolah selalu aje aku
tergolek kat akar kelapa yg licin tu. lagi2 kalau kasut getah yg tak
ade bunge tu..dan selalu Akk Yah tinggalkan sebb aku berjalan lambat,
walaupun beg dah tukar, beg akak Yah regan sikit sbb dia ikut jadual,yg
aku ni malas nak salin jadual.ada sekali tu kena tinggal, aku meraung
kuat2.kat dalam utan tu..sekali ada makcik tu dengar,dia antar aku
sampai ke sekolah.masa nak balik tak kesah, kami ramai , pulang sama2
kawan akak Yah,Si Latifah,Kamariah Asmah,kalau ada buah sekincit yg
masak,kami akan panjat, seronoknya,kemain bising kami masa dalam utan tu
bergelak ketawa.kalau lalu tambak reda, Akak Yah dan latifah suka suruh
Si Hasim tu bawakan begnya,sampai kadang2 dia dah tunggu sebelum balik
sekolah lg.tau pulak dia taem org balik sekolah, nak megofer bawakan beg
kami.,.kalau tak ada lembu Si Johar tu selamatlah beg kami,tapi kalau
ada lembu..abis bag kami di campaknya ke dalam parit..mengagau kami
mencarinya, Hasim ,Hasim.(pemuda istimewa di kampung ku).
Begitulah
masa terus berlalu..masa sekolah rendah aku rase akulah raja
jalanan..balik sekolah rendah pegi pula sekolah agama, menapak
lagi,kadang2 dlm perjalanan aku terserempak dengan lori cina mati,,aku
menyorok balik batang kelapa.takut gile,maklumlah masa tu darjah 3 ke
4..sorang2 aje pulak tu.tapi masa nak balik seronok sikit, sbb ramai2
juga.aku selalu balik dengan Nani dan Sarah,itulah sahabat aku.sampai
aku sekolah menengah, selain tu ada Si Jenal dan Zaki.jenal suka
menyakat Zaki..tp Zaki baik dia sabar je.aku selalu suruh Zaki belikan
gula2 bantal dan ais kerim Malaysia kat kedai Sahar Mat Dom dia ikut aja
,aku berilah dia upah seketul gula2 bantal,dan dalam perjalanaa balik
kami suka main pijak2 bayang2 dgn Mereka.Nani kata"pijak kepala
kau"..pastu zaki pulak,sekali aku tolak zaki, terbang masuk
parit,,maklumlah dia budak kecik aja masa tu.parit tu mana ada air.dan
jalan pulak masa tu tak ada banyak kenderaan,tak sedar, ale2 dah sampai
rumah.tapi kalau sekarang ni jalannya dah lebar dan keretanya pun dah
bertali arus,gayat di buatnya.seronoknya bila di kenang2kan tapi.
itu semua hanya tinggal kenangan.
ini adalah bahasa kampung saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan