Doa SPM Najiah
Assalamualaikum,
Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.
Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit
ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.
Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.
Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat
pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana
ilmu itu diamalkan.
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak
kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru
kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah
kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia
yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami
lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat
dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama
lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah,
bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya
Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari
peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika
peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab
soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab
setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami
nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak
anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami
lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang
cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi
hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di
dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah
akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan
mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri
mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi
apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya
ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah.
Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata
kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah.
Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa
mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan
amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah
hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.
Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka
tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di
tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa
doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu
kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika
Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang
akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.copy paste..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan