Isnin, 11 November 2013

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
 Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
 Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
 Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
 Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. 
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
 Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
 Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
  Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
 Fadilatnya – Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
 Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama
dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
 Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.
     
Perkara yg telah dan akan berlaku pada hari Assyuura.
  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’;
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’;
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’;
  • dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’;
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’;
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’;
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’;
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a)   Qiamullail   -    Solat Tahajjud
                          -    Solat Hajat
                          -    Solat Sunat Taubat
b)   Membaca Al-Quran
c)   Zikir

    •  Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
      A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
      Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Tiada ulasan: