Ke mana harus pergi selepas SPM?
6 tahun lalu, inilah saya bersama rakan-rakan sekelas 5 Science 1. Tahun ini, mereka sudah menggenggam ijazah dalam pilihan bidang masing-masing.
Ada yang buat bidang medic, engineering, pertanian, agama, ketenteraan, dan banyak lagi. Malah sebahagian besar juga sudah bekerja dan belanja saya makan sebab bidang perguruan sahaja lama sedikit iaitu 5 tahun setengah.
Imbas kembali, adakah benar-benar saya ingin jadi cikgu? Terfikir sejenak perjalanan saya selepas SPM kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi saya akan tamatkan pengajian di IPG, seterusnya menunggu konvo dan posting.
Berbekal keputusan SPM, saya dapat pilihan kos yang diinginkan.. Perguruan? Tak.. Tapi Foundation of Law. Kenapa keluar?
Kerana ayah.
Ketika itu pilihan bagi saya sangat sukar kerana saudara mara semua inginkan saya kekal bidang profesional ini, kerana waktu dulu cikgu tidak lagi dipandang satu profesion yang 'gah'.
Benarkah?
Ayah pesan "Pilihlah yang terbaik, kalau tanya ayah, ayah nak kamu jadi cikgu"
Saya ambil keputusan ikut ayah kerana ayah yang selalu ada ketika susah dan senang saya, yang tak jemu-jemu doakan saya, yang selalu beri saya pilihan sendiri, tanpa pernah mengarah atau mendesak, dan paling penting, selepas arwah mama tiada, kerana ayah juga selalu saya ingin banggakannya..
Sepanjang 6 tahun ini, barulah saya tahu kenapa ayah nak saya jadi cikgu..
"Sebab ayah tahu, kamu akan jadi lebih baik menjadi seorang dewasa yang sentiasa memberi.."
Menjadi cikgu, hari-hari saya dapat memberi yang terbaik untuk anak murid saya, akan selalu motivasikan mereka, akan selalu dekat dengan ilmu, akan selalu sayang anak-anak, dapat bergurau ceria dengan mereka, akan selalu pesan pada anak-anak tentang bernilainya kasih sayang pada Tuhan, ibu bapa, dan insan-insan di sekeliling kita.
Buat adik-adik yang sedang menduduki SPM, apa pun hala tuju dan keputusan anda lakukan selepas ini, mintalah pendapat ibu bapa atau orang yang lebih berilmu, mereka lebih dekat, memahami kamu dan memikirkan yang terbaik untuk kamu bukan mengambil kesempatan.
Tidak ada kerja walaupun keluaran universiti?
Adik, rezeki itu Allah sentiasa beri kepada mereka yang sentiasa kerja kuat berusaha majukan dirinya, dapatkan kemahiran, jangan lalai hingga lulus universiti cukup-cukup makan sahaja.
Jangan buat ibu ayah sedih, rezeki akan sempit.
Catatan saya,
Aidil Sahipaludin.
(PAKAR DIARI HATI)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan