*Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan
perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan
perempuan cantik atas dasar akhlaknya.
*Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri
untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
*Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana
wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi
lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan.
*Setitik air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan.,
Sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung permata.,
Sesuci hati hanya kerana Ilahi adalah sebuah Cinta Yang Abadi...
*~ terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan.lalu,kita
menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa..sedangkan,kita tidak sedar,apa
yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.. ~
*Orang yang cinta dunia tidak akan terbebas dari 3 perkara:
1. Kesedihan yang pasti
2. Lelah yang terus menerus
3. Kerugian yang tidak terhitung
Berkata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan