Sabtu, 18 Mei 2013

Catitan terbaru Emak dlm Fb..


  
Ucapan yg memberi semangat utk bebudak STAM.
Anak2 ku Muiz Jais dan Fatin Azzahra(anak sedara),Mak tau semalam keputusan UPU dah keluar, kamu berdua tak dapat kemana2 U kan?,bagi mak,mak tak  kesah n kesal,di mana2 kita boleh belajar dan berjaya.STAM tu dah di kira Pra U lah tu..duduk di situ diam2 dan ambil STAM,Dapatkan keputusan cermerlang..In Sya Allah ,Tahun depan kamu berdua akan ke Jorden atau ke Negara Asia Barat yg lain.Moroco,Mesir,Mekah dan Madinah.pepatah ada mengatakan, Org yg susah2 dahulu akan senang2 di kemudian hari.. 
  Contohnya, masa Ayah kamu di UKM hari tu. kalau masa nak menghadapi peperiksaan,beberapa kali kerusi ayah akan patah,dek kerana lamanya ayah duduk di kerusi tu,hingga terpakse hantar kedai utk di sambungkan semula.sikunya berelas dgn tanda hitam,dek lamanya berteleku membaca buku dan menghafal.dia kata, sekurangnya 6 ke 7 jam dia mengadap kitab2 dan buku2nya.tak berganjak ke mana2.. 
   Masa ambil STPM pula,ayah menghafal satu buku syariah,masa pereksa, ayah rasa ayah menyalin semula apa yg ada dalam buku itu..sebijik2,sbb ayah dah menghafalnya,Alhamdulillah ayah mendapat kuputusa A dalam pelajaran syariahnya.dan mendapat keputusan cemerlang dalam STPMnya, lalu membolehkan dia di tawarkan ke UKM. 
    Mak pernah dengar cerita Pak long Ahmad Fauzi kamu pula,masa dia menuntut di Universiti Madinah ari tu,ketika dia  hendak mengulang kaji pelajaran utk pepereksaannya,setiap kali itulah dia akan mengikat badannya  di kerusi..utk dia dapat mengadap kitab2nya..dan tak bergerak kemana2..dia telah memaksakan dirinya untuk berjaya.belum lagi dengar cerita pak cik Mohd Noor, pak lang Abdul Muhaimin dan Pak andak Abdul Aziz masa dia menghafal Al-Quran di India.semua mereka merasa kepayahan dahulu. ..
  Kesah2 ni mak ceritakan utk memberi semangat buat kamu terus berjaya..dan contohilah seperti mereka..kamu semua kena kuat berusaha...dan ayah kata lagi kalau mase tu tak ade kismis atau makanan yg boleh memberasangkan otak dia akan membancuh  gula dalam 2 sudu kecil.buat enegi otak..bila minum,terasa hafalan boleh masuk katenya.. In sya Allah,kamu berdua boleh.kami sentiasa mengiringinya dengan doa dan harapan agar kamu ber2 berjaya di dunia lagi2 dia akhirat......


TERKENANG2..
Dulu di SAMTKKB, dalam taun awal 90an,siapa yg tak kenal Ustaz Jais Kamos?.Dia adalah guru yg paling garang pada masa tu,Mak masih tergiang2 kata2nya masa dia memberi kuliah magrib di surau asrama yg boleh di dengar hingga ke rumah kite..ia kata "Sekarang kamu memang benci saya,tak suka tengok muke saya sbb saya garang,tetapi bila awak dah berjaya nnti,saya pasti awak ingat kate2 saya .awak akan dapatkan saya dgn ucapan terima kasih,saya mendidik dari hati agar kamu semua menjadi insan yg berguna kepada agama dan tanah air".Alhamdulillah.pada taun hadapannya, selepas kami berpindah ke Sungai Besar,dia menjadi Khadi di sana.seramai 40 org bekas murid2nya dapat melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah.dengan rasa bangganya dia menghantar ke KLIA.masih mak ingat lagi peristiwa tu.Dan sekarang ramai anak2 muridnya yg sudah berjaya.Syukur, Alhamdulillah...puas hati, katenya. perkatan yg selalu dia ucapkan ialah ''susahnya nak menjadikan org, manusia sebagai khalifah di muka bumi ni".pade fikiran mak kalau dia garang memang patut punkan?tau,dgn anak2nya lagi dia garang,tp sekarang sudah tak garang..huhuhu sampai sekarang, ade anak muridnya yg masih takut nak jumpe dia.buktinya, masa di rumah org kawen satu hari tu,mak terserempak dgn anak muridnya yg pempuan.mak tanya nape tangan sejuk ni?dia kata"takut nak jumpe Ustaz Jais.".sampai gitu sekali..kelakarnye..semoga anak2 murid ustaz berbahagia dan selamat di dunia lagi2 di akhirat..Amiinn.dan buktinya lagi disini, tiada seorang pun anak muridnya yg berani nak like.huhuhu
  Maafkan akan kegaranggannya supaya kamu semua tidak menuntutnya di sana nnti,garangnya bersebab.doakan kami juga bahagia,K?..

Tiada ulasan: