Isnin, 27 Oktober 2014

NASI MANDHI ::
Bahan~bahan:
500 gram beras basmathi ( rendam 15 - 20 minit.. Toskan )
700 ml air rebusan ayam ( stok ayam )
Garam jika perlu ( stok ayam da ade rasa masin )
1/2 camt saffron
1 camb minyak sapi **
5 kuntum bunga cengkih **
3 biji buah pelaga **
1 labu bawang besar ( mayang cecincin ) **
1 ulas bawang putih (Mayang nipis ) **
1 camb rempah nasi mandhi
2 camb kismis
Bahan tumis **
Cara masak :
- Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi.. Masukkan bahan tumis ( ** )
- Tumis hingga naik bau
- Masukkan rempah nasi mandhi
- Diikuti stok ayam
- Masukkan pula beras basmathi
- Masak hingga nasi kering
- Masukkan saffron dan biar seketika
- Da agak kering gemburkan nasi guna sudip kayu
- Tuang lebihan minyak bakar ayam ke atas nasi
Sedia dihidangkan
STOK AYAM
1/2 ekor ayam ( belah 2 )
2 inci halia ( diketuk )
1/2 camt blackpepper ( biji )
1/2 camt serbuk jintan putih
1/2 camt serbuk zafran ( ganti kunyit je )
5 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
2 helai daun Bay
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa ( abaikan jika xsuka )
Air secukupnya
Cara masak stok ayam:
Rebus ayam dengan semua bahan di atas hingga empuk..Angkat dan toskan.
AYAM BAKAR
1/2 camt saffron
1 camt teh serbuk rempah nasi mandhi
1/2 camt serbuk blackpepper
1/2 camt serbuk ketumbar
1/2 camt serbuk jintan manis
2-3 camb minyak bijan
1/2 camt garam
Sedikit serbuk perasa
Aluminium foil ( tuk balut ayam )
Cara masak :
Ayam yang direbus tadi digaul dengan dengan bahan perapan
Letak atas aluminium foil dan balut kemas
Bakar dalam oven sejam dengan suhu 180'C
Balikkan ayam selepas 1/2 jam
Simpan lebihan minyak tuk tabur atas nasi
SALAD ARAB :
Cara buat salad arab
2 biji buah tomato ( potong kiub )
1 batang timun ( potong kib )
1 labu bawang besar ( mayang cecincin )
2 pohon daun ketumbar
Sedikit garam
Sedikit gula jika suka
Sedikit serbuk blackpepper
Gaul bagi sebati
SOS HARRAH
Cara buat sos harrah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
2 pohon daun ketumbar
10 biji cilihalus
1 camb jus lemon
Sedikit garam
Sedikit gula
Blend semua bahan tanpa air

Tiada ulasan: