Rabu, 22 Oktober 2014

Perjalanan terakhir seorang Bekas Imam Kampung..


Pemergiannya yg mengejutkan semua..mlm sebelum ni, elok makan bersama2, solat bersama2, tido bersama2..malam ni berseoranganlah dia di alam sana..moga ada peneman..kita bayangkan dia tido berseorangan..tetapi janganlah kita lupa janji Allah..bacaan Al Qurannya, zikirnya dan sedekah2nya adalah penemannya, di alam sana...
Rasanya baru aja 2 minggu lepas dia datang ketika kenduri anak kami.
Allah.nak tau? Masa hari tu hajatnya untuk berjumpe kawan2 lame tercapai.kemain gembira dia berborak..cikgu Nahrawi, cikgu Ghazali dan ustazah syarifah Maznah..lama tu, tak jumpe..lebih kurang 50 tahun..semuanya tinggal di arie2 sini..alhamdulillah.tercapai hajatnya berjumpe mereka sebelom matenye terpejam.
Ramai jemaah memberi tahu..
solat yg terakhirnya telah di tunaikannya di dlm keadaan berdiri,walaupun sebelum ini dia solat dalam keadaan duduk di sebabkan keuzurannya sejak akhir2 ni.selepas solat isyak sempat minum2 dgn penceremah kuliah maghrib itu.
Balik masjid dia beri tahu isterinya dia sesak nafas.anak2 bawa ke hospital..tak lama kemudian dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.
Alhamdulillah..
Seorang bekas imam yg banyak berjasa kepada masyarakat..menikahkan org,menjadi juru cakap.menjadi penyembelih ketika korban dan sebagainya.
Masih ingat lagi, alang cerita masa dia sakit dulu, ketika di kejarkan ke hospital Selayang.ramai mat2 moto kampong berkonvoi mengiringi ambulan yg di naikinya...
Sepanjang hayatnya,dia mengiklaskan dirinya mencari redha Allah dengan menjadi imam kampong lalu Allah menyayanginya, apatah lagi masyarakat. Masyarakat menagisi akan pemergiannya.satu kehilangan yg tiada galang gantinya.. Sesiapa yg Allah sayang maka dengan sendirinya masyarakat akan menyayaginya..kehidupan dan kematiannya menjadi mudah..
Dia adalah abang ipar mak yg baru meninggal malam semalam.tenanglah roh abang Isa di sana. .sesengguhnya abang isa dah penat.istqamahnya dia dalam ibadah, Allah sahaja yg tahu.moga anak2 dan menantu mak dapat mencontohinya..
Al Fatehah. Jais Kamos, Khairul AlArifi Jais.

Tiada ulasan: